Sabtu, 5 Mac 2016

5 March 2016 - Happy Birthday Aqlan Shah!!

birthday anakku Aqlan yang ke-2. masa bulan hijrah, kami di D'Pulze naik tren 12 kali pusing. kali ni kami sambut dengan segala........candy buffet & hi-tea.

persiapan.....arghh panjang ceritanya ni....sebab lagi 2 minggu baru nak cari katerer, pembuat candy buffet & khemah. hurmmmmm

belanja....dah bajet berapa2..kemudian ada la burst sikit2, normal la kan.

yang meraikan...jemput beberapa orang, ada yang tak datang. masing2 ada alasan sendiri. kita tak paksa dan sentap. sebab yang penting anak kita happy...yang penting kita happy...happy...happyyy....

ok hi-tea start jam 4 petang.

hujan lebat turun jam 3 petang.

candy persons datang jam 2.30 petang.

katerer datang dah nak 4 petang sebab hujan sangat lebat hingga meja yang dah disusun sejak Jumaat terpaksa dialihkan. kerusi, meja semua basah lenjun.

tetamu pertama, Masni dan suami serta anak, sampai jam 4 lebih bila hujan dah turun rintik2 je.

tetamu terakhir. kak ted dan 2 anak sampai jam 11 lebih..dah malam weiii...

penat? sampai Isnin masih lenguh2 badan. penangan berdiri, layan tetamu, lap kerusi basah, dokong Aqlan buat perangai lagi...hahahaha....nasib tak demam je kami anak beranak.

so temanya Mickey Mouse. sebab anak aku suka sangat dengan Mouse. alahai...kalau tengok Mickey Mouse Club House siap menari2 depan TV. goncang tangan je, tapi sungguh comel di mataku.

layan gambar2. muka sememeh aku mungkin kelihatan di mana2 sahaja sebab aku macam exhausted gila.

candy buffet dari IG:naj_candilicious aku jumpa depa punya pakej kat blog seseorang.
phew kek yang diminta dapat dihasilkan. kereta tu puas aku menahan anak dari mengambil sebelum masanya







Alan loves cheese tart



ini kami buat packing sendiri la bukan dari pakej candy. sampai ke Kajang cari..


Sebelum hujan

okay dia dah tak sabar sangat2

terpaksa potong kek jelah


Fayel salah mak....hahaha dia nak duduk depan aku jugak, angin mak dia kejap...sorry Mimy

anak buahku Jabir dan anak2 dia...yelah cucu2ku....adudududu

kawan2 laki


mak lain, bapak lain, lahir di hari & hospital yang sama


Hanii sepupu Aqlan. mereka beza 2 minggu je



susah laki bini nak bergambar ni.

i am happy to see them happy

terima kasih pada yang sudi datang dan memberi hadiah pada Aqlan, apa yang kurang, maafkanlah kelemahan kami berdua.

4 ulasan:

  1. Happy Belated Birthday Aqlan..
    Geram ye tengok kereta tu..
    Memang cepat jer mengambil ye Aniss..
    Macam akak buat kek padang bola utk hero akak Nabil..
    Laju jer nak mengambil orang2 diatas padang tu :)

    BalasPadam
  2. thanks beb jemput..happy dpt gak jumpa walau aku sesat barat haha..pastu fayel buat perangai...aku rasa lencun lemas tul...haha..happening semua candy buffet ko sampai aku mengaut apa yg ada haha..halal kan eh

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.