Isnin, 25 Disember 2017

,

Coffee Box Signature At Sunway Geo

Hari ni keluar nak cari tumbler anak. Pergilah Sport Direct kat kawasan kilang Sunway nun. Laki bermurah hati belanja sepasang kasut juga. Hehe. Aku nak cari yoga pants takde pulak yang berkenan.

Kemudian nak bagi anak makan nampakla kedai ni..biasa pergi makan di Sri Gombak nun. Oklah masuk sini takde orang sangat. Ada kedai makan nak Jaya Grocer je.

Dalam kedai pun mula2 kami 3 orang je. Pastu baru ada pelanggan2 lain. Yang mostly pun tapau je. Kami memang duduk makan. Lapar kan. Tengahari tadi makan nasi lemak tetek 50 sen.








Aqlan food. Habis dia makan..tinggal sikit sangat. Ni lah anak laki kan..

Laki punya food. Sedap.

Aku punya ni je

Kemudian kami pergi cari surau.. tempat baru kan. Surau ni sebelah management office kat parking area. Tandas kat tingkat ni hanya untuk staff sahaja.

Ada satu beg telekung wakaf. Aku pun pakailah yang ni.


Takde telekung digantung di sini




Hopefully next time ada lagi banyak kedai dibuka..Malaysia ni banyak sangat mall kan. Especially kat KL.

Sabtu, 23 Disember 2017

,

Hi Tea At TWG, Pavilion KL

Lama tak jumpa my gegirls. Wah sorang kata dirinya.."aku makin gemok". Hat sorang lagi kata makin kurus. Aku gemok takde hal pun haha. Tang tu juga berat aku. Keh keh.

Janji nak jumpa 3.30 petang. Elokla 3.30 petang tu beberapa langkah je nak ke pintu masuk. Tapi jem punya pasal dah nak 20 minit kat situ je. Kenapa aku tak keluar? Sebab bahaya kereta banyak sangat. Tahu jelah trafik light depan Dorsett tu sekejap2 je.

Sangap kami tapi gelak2 je bila sampai. So Q la dalam TWG tu tunggu table for 3 kosong. Dah dapat duduk nak order teh...ya ampun ada berapa ratus jenis teh dah..sudahnya tanya pelayan kat situ apa teh paling sedap. So dicadangkan Grand Wedding dan 1 lagi apatah aku tak ingat. Tapi Grand Wedding ni memang sedap. Ada rasa fusion gitew. Kami 3 orang tapi amik set hi tea for 2 which is RM118 belum masuk mak nenek tax. Sebab tanak makan banyak. Nak borak je lebih. Borak punya borak dah sejam lebih gak. Pastu baru nak beredar. Nak tambah teh tak boleh kecuali kalau amik yang dalam pot kaca. Gitewwwww. Takpelah..aku punya perut pun dah kembung minum teh.






Habis minum pergi solat kemudian gatal2 la window shopping kan..orang sangat ramai. So kami masuk kedai pun tak banyak. Aku tak sangkut apa pun..Diorang je sangkut. Keh keh. Selamat duitku. Hari ni lah.

Kemudian makan malam kat Madam Kwan lak. Nampak Madam layan pelanggan. Rilek je dia tak sombong pun. Padahal boss tu. Kami pun cepat je dapat tempat duduk. Pesan char koay teow. Yums..borak2 nak sejam jugak..

Kemudian diorang ni nak mengopi. Meh le ke Starbucks kat Fahrenheit. Mak aiii kat luar Pavilion lagi ramai orang nak bergambar. Kami jalan laju2 je. Nak duduk kat sofa cafe. Sempat pergi toilet dalam Fahrenheit kemain bersih gila. Nak duduk pun tak geli. Ko pepaham jelah ada orang suka panjat dengan kasut tu. Aku tatau camne dia leh tahan..

Sambung pot pet. Nak pergi Uniqlo dah tak sempat. Masa tu dah jam 10 lebih. Apa ke hal baik balik je. So Reen tumpangkan kami ke LRT Cheras. Oklah next time jumpa kat tempat lain pulak.

Selasa, 19 Disember 2017

Tilam Elok Satu Keperluan Kan?

Muda2 dulu tilam bujang sekeping pun kau ngantuk terus lena. La ni ko golek sana sini belum tentu lena.

Ok misi beli tilam King dan divannya dah berakhir. Mari kita share pasal harga. Sebab harga ni yang menyebabkan kita mampu beli ke tak ikut keperluan dan kewangan kita. Kadang2 dah simpan duit, ada emergency tak boleh teruskan. Tunggu la lagi. Macam tu lah kami. Walaupun bayar guna kredit kad tapi laki bukan jenis bayar minimum. Dia saja guna kad untuk dapatkan points. Bil kredit kad sampai dia bayar penuh. Dia tak suka guna cash.

So Auntie tu suruh aku ambil gambar semua barang yang dibeli sebelum balik supaya apa yang dihantar nanti sama dengan apa yang diterima. Dia malas nak gaduh2 katanya.


Jenama Goodnite Siri DeVato

Anti-bug



Bantal free ni dia suruh bawak balik terus sebab risau si tukang hantar lupa bagi.

Bawah ni bil yang kami terima. Aku macam besar kecik besar kecik je biji mata bila tengok harga asal. Memang takkan belilah...!!!

Katil dan tilam harga asal nak RM10k. Memang takkan beli ok kalau harga asal.

Harga tak masuk akal macam ni memang hurmmm. Tak dinyatakan harga topper tu. Sebab dia FOC. Tapi bila tengok kat kertas atas topper, harganya RM899 untuk King. Sebab tulah laki aku happy sangat. Berbaloi kan. Aunty yang layan kami tu pun bagus sangat. Elok je dia laki bini layan kami. Mula2 ada customer lain juga tapi bila depa balik tak jadi beli, pastu tengok kami asyik dok try test tilam dia pun layan kami. Siap bagitahu diskaun2 dan apa barang free dapat.

Aku punya keperluan ialah nak tilam baru sebab tilam lama dah ada bahagian tenggelam. Divan lama pun tak sedap nak menyandar. So sambil test tilam aku test sandar kat divan juga. Kalau nipis je memang murah. Kalau tebal sikit memang mahal la. Keperluan laki aku mestilah tilam yang keras. Bukan keras macam baring atas ambin, tapi tak lembut la. Dia nak ada spring. So kami pilih tilam pocket spring sebabnya bila hang bangun ke beralih badan ke orang sebelah tak rasa. Kalau coil spring memang terasa. So dimana nyenyaknya kan...

Last2 kami pilih jenama Goodnite. 10 inci tebalnya. Pastu katil pun 10 inci. Pergh tinggi. Tambah lagi topper tu aku rasa mahu 2 inci. Total dah 22 inci. So budak kecik memang payah nak memanjat. Haha..aku duduk pun kaki berjuntai.

Then laki aku rasa ini tawaran paling menarik. Dia pun dah malas nak pergi tempat lain. Pulak2 diorang nak hantar hari yang sama..perghhh terus berangan la nak tidur atas katil baru dan tilam baru malam ni. Bincang punya bincang dengan Uncle tu dia kata boleh buangkan tilam dan divan lama tapi kena bayar upah pekerja sebab kalau tak mulut diorang menceceh. 2 orang pekerja. Seorang kena bagi RM20. Ok je asalkan tilam busuk tu go away. Mana nak campak dalam rumah ni. Semua bilik dah ada tilamnya..lagipun memang dah tak best pun. Caj hantar RM60 je sebab Batu 14 dengan BK dekat je. Tapi bila tengok lori sampai macam dari Banting, Klang. Ahahaha...tak kisah lah. Janji dapat tidur dengan tilam baru malam ni.




Waranti 12 tahun.


Keje memanjat jelah kau kan Aqlan

Gambar lepas pasang cadar semua bagai tak boleh di share. Hehe. Budak tu memang tidur masih dengan kami. Instead of sebelum ni suka tidur tepi sekarang kena tidur tengah.. setakat 2 malam dah tidur ni memang puas hatila. Siapa bangun p toilet tengah2 malam pun tak sedar. Kira tidur tak sedar dirilah..

Oh sape nak beli tilam harga murah camni silalah ke FB page https://m.facebook.com/mingo1220/?ref=bookmarks diorang. Depa ni tak buat banner ok. Selalu je aku tengok diorang buat sale. So walaupun sale dah habis 17 Dec 2017 lepas, tapi rajin2la tengok kot2 ada lagi sale sebelum 2018. Katanya tahun depan harga semua naik mencanak2. Kami beli ni fesyen lama..arghhh asal sedap sudah..

Sabtu, 16 Disember 2017

Usaha Mencari Tilam Dan Divan Size King

Updated 16 Dec 2017

Seperti yang dijanjikan kita update kat sini jelah pasal pembelian tilam saiz King. Bukan tak boleh buat entry baru, dah janji nak tepek sini kan..kekeke..

Akhirnya hari ni kami membeli tilam baru...setelah sebulan mencari2. Sebenarnya nak pergi banyak kedai tapi last2 masuk kedai pertama, tengok2 baring2 terus buat pembelian.

Ok pasal pemberitahuan kedai ni buat sale, laki yang tahu melalui FB. https://m.facebook.com/mingo1220/photos/?mt_nav=1

So kami pun ke Dewan JKK Puchong Batu 14. Senang waze ke sekolah kebangsaan puchong batu 14 la. Elok je sampai masuk parking dan jalan beberapa langkah dah masuk tengok macam2 jenis tilam dan divan. Mula2 kami tengok2 kat luar je. Macam tak menarik sangat. Tapi ada tarikannnnnnn...siapa ada tilam lama saiz Queen diorang akan bagi rebat RM200 bila tukar beli. Saiz King takdak ya. Wah wah...tilam Queen semurah RM800 leh dapat. Tapi kami ni suka saiz King...so memang akan pakai King selamanya.

So kami masuk dalam la pulak. Lagi banyak tilam dan ada jenama yang terkenal juga. Tilam2 ni semua harga dari kilang. So tak mencekik. Ada yang dijual bersama katil ada yang tidak. So kami pun main2 baring2 la. Test sedap ke tak...

Aku prefer tilam pocket spring. Sebab bila orang sebelah ko bangun ke or bergerak ke ko takkan sedar. Gitewwwww. Lagi satu tilam biar keras ok. Kami ni kan heavy duty. Eh eh...ko jangan nak gelak...so untuk tulang belakang tu pentingla..

Setelah mencuba banyak tilam akhirnya kami pilih.....tilam Goodnite. Harga dibayar laki RM2100. Transport kena caj RM60. Dekat je maaa...pastu upah orang buang tilam dan katil lama kami RM40 untuk 2 orang. Laki aku bayar dengan senang hati. Kami dapat free 2 biji bantal Silentnight dan 1 topper saiz King jenama Goodnite juga. Yang syoknya dia hantar hari yang sama....ewahhhh. Terus boleh pakai tido malam ni.

Bilik pameran

Testing tilam

Buat bayaran guna kredit kad

Tilam2 kat luar ni murah2 la



Oklah citer selanjutnya entri lain la..hehe..

Entry 19 Nov 2017

Bulan ni banyak betul berjalan mencari tilam dan divan. Bermula paling dekat dengan rumah. Laki hampir2 nak beli tapi dia tak beli...bila masuk kereta nak balik kami berfikir2 bukankah kita suka buat perbandingan. Mengapa mesti nak terus beli. Maybe ada offer lain lebih menarik.

Okey spec kami mestilah saiz King. So bila saiz King harganya akan bertambah beberapa ratus berbanding saiz Queen. Kami juga nak tilam yang ada sedikit spring. Itu keperluan khas suami. Tilam kami sekarang latex murah je. So dah tak sedap dan selalu sakit2 badan. Bukankah tilam yang elok menyumbang kepada tidur sambil merehatkan badan dengan baik sepanjang malam. Divan seeloknya sedap disandar. Kami punya sekarang ni nak sandar tak sedap..keras..maklum dulu beli tilam dan divan saiz King RM1100 je. Kan ke murah..memang murah tapi tak tahan lama...selalu juga pusing2 tilam tapi tetap tak sedap dah.. memang meminta tilam baru sangat. Divan pun dan rosak sedikit..maklum jelah dah campur berat kilo laki bini dah berapa..tambah lagi budak kecik yang masih nak tidur bersama walau dah sedia keperluan katil dia. 😧😧😧

So kat kedai pertama tu dalam RM2300 dengan divan la..so aku tanya laki ok ke...sebab bajet dia RM1500 je..tapi....

Bila kami ke Mines 2 esoknya pulak kami dapati harga purata memang dalam RM2300 untuk tilam dan divan. Ada tilam mahal ikut brand..ada tu divan lak mahal sebab ikut jenis dia. Kalau yang berlaci tu atau boleh angkat ada storage bawah tilam tu memang mahal la..haha berkenan juga yang ada drawer tu sebab boleh simpan segala cadar.

Kemudian kami ke kedai second hand pulal di Brickfields. Barang second hand memang murah tapi tengok tilamnya tak berkenan. Ada satu tu katil dan tilam saiz King dari Mandarin Oriental harha RM1200 je. Kalau amik divan je RM400. Tapi aku tak minat divan dia. Style divan kayu dengan tiang 2 ke atas kemain tinggi. Dah macam old fashion pun ada aku rasa..kata mereka kalau nak beli tilam diorang akan tukarkan sarung tilam tu. Mana2 penghantaran kena caj RM100. Sekitar KL Selangor la kot..tapi kat sini aku lebih berkenan sofa. Hahaha...lain kali pergi aku amik gambar la. Kalau korang kreatif macam Sabrina Soto dalam rancangan High Low Project di HGTV bolehla beli. Tukarkan jadi sesuatu yang fresh dan terkini serta nampak mahal.

Kami juga ke Ikea untuk lihat tilam dan divan. Tapi kami tengok saiz ukuran King buatan Ikea ni lain sikit dati biasa. 180x200. Biasa 190x190. Kalau beli bed frame je pun tak sesuai sebab semua ada saiz standard Ikea. Kalau beli tilam tempat lain akan ada lompong sikitla. Tilam Ikea semua lembut. Duduk terus tenggelam. Hahaha...nehi nehi.. kami nak tilam yang sedikit keras untuk support tulang belakang. Jadi misi ke Ikea gagal sepenuhnya untuk beli tilam tapi biasalah bini mesti nak beli juga sesuatu. Pulak2 ada tawaran card member kan..belanja between 7 Nov until 6 Dec 2017 kumpul perbelanjaan sehingga RM350 dan dapat 5x ganda points. Wah.. siap sempat tukar voucher hari tu RM40 jadi laki pun happy2 la bayar. Bini belanja aiskrim dan karipap telur je ok.

Pastu last sekali kami pergi ke Endah Parade. Ni lama sikit sale dia. Sampai 26 Nov 2017. Tilam2 dah sedap tapi takde spring. Latex semata. Aku ok je. Tapi ikut keperluan laki tak ok. Harga memang RM2300. Ada tu dia sengaja letak harga dah sampai 4 ribu. Tapi yang mahal sebenarnya divan. Boleh je pilih mana2 divan yang berkenan...yang untungnya harga ditawarkan tu semua termasuk divan. Sebab ada kedai2 lain kami pergi harga tilam je dia tunjuk. Belum masuk harga divan. Sekali campur terus dah 3k-4k. So memandailah memilih divan.

Jenama2 tilam yang best harganya pun membuntangkan biji mata.. Tempura...King Koil.. Dreamland. Tapi aku kenan betul King Koil. Hahahaa tataula nape tapi tilam sahaja paling murah dah 2 ribu lebih....ada tu siap ada muka Fattah Amin.

Bila bertemu penjual tilam depa mesti sungguh2 nak menjual. Yelah berapa pulak komisen dia dapat kalau dah harga 2-3k kan. Tapi bila pergi dengan anak ni kerja dia lari2 dan turun naik tilam. Nasib dia pandai buka kasut sebelum naik. Cuma kalau makin besar kawasan ekspo makin payah kami nak kawalnya. Adoii. Dan itulah alasan kami bagi bila nak tinggalkan penjual..hahaha...maafkan kami.. memang nak beli tilam tapi hati tak tenteram la.

Gambar selfie terbalik. Masa ni di Ikea.

Nanti ada cerita cari tilam kami sambung kat sini jelahhhh... banyak lagi tempat nak jelajah.

Layan Korean Drama : Jugglers

Tiba2 terjebak. Sebab masa switch on TV citer ni baru start je episod 1. Terus rakam bila rasa macam boleh layan je.

Dah lama tak layan drama korea. 1 pelakon tak dikenali sebab aku ni kan dah sangkut kalau citer ada muka Lee Min Ho atau Rain. So citer ni langsung aku tak kenal pelakon tapi boleh layan sebab cam best.

Kisah PA dengan Boss. Kat ofis Boss besarla...kat rumah...PA jadi landlord, Boss tenant. Haha. Lawak.

Baru tengok 4 episod je. Sebab citer 2x je seminggu. Nak p streaming malas. Bukan macam zaman anak dara bolehla layan sampai 4 pagi atau sampai wifi habis kuota. Ni internet unlimited pun aku malas. Baik aku tdo hahaha. Ada masa senggang baru layan. Sebab citernya 75 minit termasuk iklan.


Sapa dah tengok habis ke jangan nak citer lebih kat sini. Aku malas nak tahu..sila benarkan aku layan citer ni dengan aman.

Jumaat, 15 Disember 2017

Teh Ais Sedap Al-Hameeds

Tekak nak teh ais lak tengari panas2 ni. Mula2 laki belikan teh o ais. Aku pun pelik sebab aku mintak teh ais. Pastu dia masuk kedai semula dan belikan teh ais.

Ok nape laki boleh belikan pada hari Jumaat...aku sebenarnya ikut laki pergi kerja siap dengan Aqlan sekali. Tujuan ikut aku pergi klinik di kawasan ofis laki. Anak ikut masuk ofis dia. Ehehehe. Habis jumpa doktor ikut dia pergi stamping dokumen lak. Pastu dia nak rush pergi Shah Alam lak. Tu lah syok laki yang keje bukan duduk kat ofis setiap hari.

Katanya kalau pergi jumpa doktor Sabtu esok rugi masa. Ha yolah kita ikutkan je. Asal nak dibawa jumpa doktor dah cukup baik...dalam keadaan dia busy bee tu. Laki kan masih under probation takleh minta cuti.


Pergh air teh ni ada pahit2 tu aku suka..rasa macam minum kat Melaka Corner dalam 1 Utama dulu2 la. La ni pembancuh teh dah orang lain dah tak sesedap dulu..

Laki aku memang suka teh o ais. Senang hidup. 

Dah beli teh dia hantar balik rumah. Tak dapatla ikut pergi Shah Alam...duduk jelah kat rumah layan budak tengok TV. Eh. Aku nak tengok citer semua bosan tau Astro ni.

Ahad, 10 Disember 2017

Dia Pun Kena Neb

Alhamdulillah aku beransur sihat. Pagi2  bangun teman adik ipar dan mertua p tukar duit kat MV. Adik ipar yang nak jenjalan aku lak nak makan donut je. Haha yolahh..

Lamanya dia pergi tukar duit... alkisah orang beratur dah berpusing2. Aku dah ngap 2 ketul donut dan minum Cappucino. Bila dia dah settle diorang nak p ladies lak. So aku terus ke kedai yang aku nak jelajah. Eh?

Dah nak membayar pun kena beratur melingkar2. Apakahhh.
Namun walau dah berpeluh kepanasan dalam Uniqlo MV aku teruskan juga urusan. Sebab kaunter laju. Buka 6 ke 7.

Bila balik rumah tengok mesej kat telegram laki kena neb. Ha dah teruk sangatla tu batuknya. Hopefully malam ni dia boleh tidur nyenyak tanpa batuk yang menggusarkan.

Semalam cuba Mango Yakult. Tak rasa sangat Yakult tu...

Sabtu, 9 Disember 2017

Alhamdulillah Semakin Beransur Sihat

Huh legaaaaaa sebab sakit makin berkurang sangat. Selera makan? Cam gila asyik nak makan nasi tetek. Haha.. masak pun dah boleh. Tapi masa2 menyediakan bahan2 tu kadang2 tak mampu berdiri duduk jelah atas kerusi. Aku ni memang suka buat kerja berdiri. Haha..

Now ubat2 doktor bagi hampir habis. Aku pun makan supplement dari Shaklee. Beli dengan anak buah je.

Terima kasih atas doa2 kalian.. ahli keluarga dan kawan2..

Cerita semalam...masak sup ekor. Wallaweh semua makan bertambah2.

Rebus ekor lembu dengan pressure cooker sampai 1 jam. Saja nak lerai2.

Dalam periuk lain sebelum dimasukkan daging tadi.

Rabu, 6 Disember 2017

Bacaan Lepas...Tentulah Dari Fixi!

Sakit2 juga tapi membaca seronok juga. Sambil baring keletihan dan kepenatan tu mata terbuka luas baca buku.

BONGKAR

Salah satu fav penulis aku ialah Faizal Sulaiman. Baca terus sekali habis. Gitu penangan. Cer tak suka...bertahun pun belum tentu habis ya. Cerita ni memang pusing la...dah sikit lagi nak habis baru macam tahu siapa yang cuba jadi makhluk penghukum tu. Wah wah...sangat suka buku camni. Plot twist. Tapi zaman dalam cerita ni dah macam zaman jahiliah balik. So macam biasa dah baca buku terbitan Fixi tu...untuk pembaca matang ya. Fikiran tak terbuka ke atau susah nak terima tu baik jangan bacalah. Nanti keliru pulak.

MEREKA

By Ariff Adly. Adoi kadang2 aku nyesal beli buku dia. Sebab buku ni pasal makhluk2 alam ghaib. Kisah sekawan nak pergi bercuti di Dusun Eco Resort (aku pernah pergi sini tahun berapa tah). Malam depa tido tu tup2 dah berada di alam ghaib. Salah seorang kawan ni rupanya dah terpesong. Perlu pengorbanan nyawa kawan2 lain untuk hidupkan balik GF yang dah mati. So unsur2 syirik banyakla dan mula nak membayangkan makhluk2 aneh yang mengejar diorang ni rasa macam dalam cerita Zombie pulak. Tu yang aku benci ni. Apocalypse or Zombie bukan kegemaran aku. Tapi Ariff ni banyak imaginasi. Hahhhhhhh... malas2 baca habis juga.

Oklah tu je buat masa ni. Ada satu buku dah buka tapi tak habis2 baca lagi walau suka gaya penceritaan penulisnya. Membaca perlukan konsentrasi juga..

Selamat Membaca. Big Bad Wolf tak lama lagi je. Tapi tak pernah pergi mikir siapa nak jaga anak tengah2 malam buta.

Suruh Oggy jaga Aqlan la. Dia kan "abang".

Isnin, 4 Disember 2017

Ambil Darah Lagi

Terakhir untuk tahun 2017. Next appointment 2 Jan 2018. Bangun pagi2..jam 7.30 pagi dah tercongok kat kaunter minta nombor. Dapat nombor 3017. Bilik 9 jam 8 pagi baru buka. Bajet 1 patient aku kira dalam 2.5 minit. Kalau smooth la. Kaunter pun buka 2 je. Tapi takpe aku rilek tengok2 orang. Sampai masa aku dalam jam 8.35 pagi. Okaylah kan. Laki pun bukan boleh cuti. Jadi semua nak kena cepat.

Siap2 semua jemput mertua kat Putrajaya lak. Dia amik darah di klinik sana. Kenapa di sana....bukan di Ipoh? Kerana dah lama jadi patient kat situ sejak bertahun2 sebelum duduk Ipoh lagi. Mudah dan happy untuknya.

Kemudian makan pagila dah puasa sejak jam 10 malam kan. Yums..

Balik rumah keluarkan ayam. Nak masak sup untuk budak. Ingat nak beli je kat situ tapi owner kedai tak nampak. Lauknya elok bertutup panas2 lagi...buat telan air liur je. Aku pun tapau laksam je la..

Kurang sikit ketidakselesaan badan ni. Cuaca ke? Hari ni mendung. Mengundang tidur sangat...aku kalau panas2 memang lain macam sikit. Haha. Badan lemah deh...batuk masih on.


Cerita makan cheesecake Twix 2 hari lepas. Makan sepotong je. Harga satu ni RM55. Tapi sebab laki beli share dengan kawan 3 orang dapatlah RM50 je satu.


Tataula apa keputusan kolesterol sebab tepat sebulan tak makan ubat. Aku letih la makan ubat...trust me. Tak tahu camne perasaan orang yang kena bergantung pada ubat seumur hidup.

Jumaat, 1 Disember 2017

First Time Kena Neb

Kami 3 beranak batuk2. Memang sakit dada ni. Kerapkali terjaga waktu tidur malam. Siap bersambung2 3 orang ni. So bila dah lama tak tahan baik jumpa doktor je walaupun hakikat aku dah malas nak tengok muka doktor. Sebab aku dah tak larat telan ubat. Ni dah masuk bulan ke-2 aku tak berapa sihat. Sebenarnya dah 2 bulan..nak masuk bulan ke-3 😂😂😂.

So sampai klinik Damai tu tulis nama atas kertas untuk 3 orang sekali. Adoilaaa...doktor pulak yang layan sebab pembantu dia tengah buat dressing.

Tak lama kami masuk 3 orang terus. Aqlan dulu kena examine. Dia tu nak duduk kat kerusi permainan je. So doktor pun melayan la dia kat situ..nasib dapat doktor yang sabar...

Kemudian time aku doktor syor untuk buat neb. Sebab dada dah ada bronchitis. Aku pun dah pedih2 dada ni bila batuk2. Mula2 aku tanak sebab aku ada pandangan skeptikal pada mesin neb. Hahaha...aku pun tak tahu operation dia camne. Rupanya cuma bernafas guna alat pernafasan je..kemudian berair2 la hidung tu..

Sambil aku buat neb, laki pulak kena examine. Pelik dia tak kena neb. Padahal dia batuk lagi teruk. Bila tanya jawapan standard dia biasalah I Power..laaaaaaaa...

Bil untuk kami 3 orang RM260. Adoi banyak betul ubat angkut bawak balik...nak tanak kena makan jugak ubat2 tu...