Ok nape laki boleh belikan pada hari Jumaat...aku sebenarnya ikut laki pergi kerja siap dengan Aqlan sekali. Tujuan ikut aku pergi klinik di kawasan ofis laki. Anak ikut masuk ofis dia. Ehehehe. Habis jumpa doktor ikut dia pergi stamping dokumen lak. Pastu dia nak rush pergi Shah Alam lak. Tu lah syok laki yang keje bukan duduk kat ofis setiap hari.
Katanya kalau pergi jumpa doktor Sabtu esok rugi masa. Ha yolah kita ikutkan je. Asal nak dibawa jumpa doktor dah cukup baik...dalam keadaan dia busy bee tu. Laki kan masih under probation takleh minta cuti.
Pergh air teh ni ada pahit2 tu aku suka..rasa macam minum kat Melaka Corner dalam 1 Utama dulu2 la. La ni pembancuh teh dah orang lain dah tak sesedap dulu.. |
Laki aku memang suka teh o ais. Senang hidup. |
Dah beli teh dia hantar balik rumah. Tak dapatla ikut pergi Shah Alam...duduk jelah kat rumah layan budak tengok TV. Eh. Aku nak tengok citer semua bosan tau Astro ni.
tengah hari panas2 memang syok kalau dapat teh ais macam ni.
BalasPadamYup betul tu WP
Padam