Lama tak jumpa my gegirls. Wah sorang kata dirinya.."aku makin gemok". Hat sorang lagi kata makin kurus. Aku gemok takde hal pun haha. Tang tu juga berat aku. Keh keh.
Janji nak jumpa 3.30 petang. Elokla 3.30 petang tu beberapa langkah je nak ke pintu masuk. Tapi jem punya pasal dah nak 20 minit kat situ je. Kenapa aku tak keluar? Sebab bahaya kereta banyak sangat. Tahu jelah trafik light depan Dorsett tu sekejap2 je.
Sangap kami tapi gelak2 je bila sampai. So Q la dalam TWG tu tunggu table for 3 kosong. Dah dapat duduk nak order teh...ya ampun ada berapa ratus jenis teh dah..sudahnya tanya pelayan kat situ apa teh paling sedap. So dicadangkan Grand Wedding dan 1 lagi apatah aku tak ingat. Tapi Grand Wedding ni memang sedap. Ada rasa fusion gitew. Kami 3 orang tapi amik set hi tea for 2 which is RM118 belum masuk mak nenek tax. Sebab tanak makan banyak. Nak borak je lebih. Borak punya borak dah sejam lebih gak. Pastu baru nak beredar. Nak tambah teh tak boleh kecuali kalau amik yang dalam pot kaca. Gitewwwww. Takpelah..aku punya perut pun dah kembung minum teh.
Habis minum pergi solat kemudian gatal2 la window shopping kan..orang sangat ramai. So kami masuk kedai pun tak banyak. Aku tak sangkut apa pun..Diorang je sangkut. Keh keh. Selamat duitku. Hari ni lah.
Kemudian makan malam kat Madam Kwan lak. Nampak Madam layan pelanggan. Rilek je dia tak sombong pun. Padahal boss tu. Kami pun cepat je dapat tempat duduk. Pesan char koay teow. Yums..borak2 nak sejam jugak..
Kemudian diorang ni nak mengopi. Meh le ke Starbucks kat Fahrenheit. Mak aiii kat luar Pavilion lagi ramai orang nak bergambar. Kami jalan laju2 je. Nak duduk kat sofa cafe. Sempat pergi toilet dalam Fahrenheit kemain bersih gila. Nak duduk pun tak geli. Ko pepaham jelah ada orang suka panjat dengan kasut tu. Aku tatau camne dia leh tahan..
Sambung pot pet. Nak pergi Uniqlo dah tak sempat. Masa tu dah jam 10 lebih. Apa ke hal baik balik je. So Reen tumpangkan kami ke LRT Cheras. Oklah next time jumpa kat tempat lain pulak.
Sabtu, 23 Disember 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.