Bacaan Lepas...Tentulah Dari Fixi!

Sakit2 juga tapi membaca seronok juga. Sambil baring keletihan dan kepenatan tu mata terbuka luas baca buku.

BONGKAR

Salah satu fav penulis aku ialah Faizal Sulaiman. Baca terus sekali habis. Gitu penangan. Cer tak suka...bertahun pun belum tentu habis ya. Cerita ni memang pusing la...dah sikit lagi nak habis baru macam tahu siapa yang cuba jadi makhluk penghukum tu. Wah wah...sangat suka buku camni. Plot twist. Tapi zaman dalam cerita ni dah macam zaman jahiliah balik. So macam biasa dah baca buku terbitan Fixi tu...untuk pembaca matang ya. Fikiran tak terbuka ke atau susah nak terima tu baik jangan bacalah. Nanti keliru pulak.

MEREKA

By Ariff Adly. Adoi kadang2 aku nyesal beli buku dia. Sebab buku ni pasal makhluk2 alam ghaib. Kisah sekawan nak pergi bercuti di Dusun Eco Resort (aku pernah pergi sini tahun berapa tah). Malam depa tido tu tup2 dah berada di alam ghaib. Salah seorang kawan ni rupanya dah terpesong. Perlu pengorbanan nyawa kawan2 lain untuk hidupkan balik GF yang dah mati. So unsur2 syirik banyakla dan mula nak membayangkan makhluk2 aneh yang mengejar diorang ni rasa macam dalam cerita Zombie pulak. Tu yang aku benci ni. Apocalypse or Zombie bukan kegemaran aku. Tapi Ariff ni banyak imaginasi. Hahhhhhhh... malas2 baca habis juga.

Oklah tu je buat masa ni. Ada satu buku dah buka tapi tak habis2 baca lagi walau suka gaya penceritaan penulisnya. Membaca perlukan konsentrasi juga..

Selamat Membaca. Big Bad Wolf tak lama lagi je. Tapi tak pernah pergi mikir siapa nak jaga anak tengah2 malam buta.

Suruh Oggy jaga Aqlan la. Dia kan "abang".

4 comments :

  1. Rajinnya membaca buku, tahniah....
    jom baca blog akak http://gg.gg/72qcl

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain menambah adventure dalam otak dan hati, buku cerita benda paling mudah nak dibaca habis.

      Delete
  2. rajinnya membaca...dah lama pulak sy rasa tak beli novel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pun kita ada hati nak beli baru ni..Walaupun masih ada yang belum dibaca.

      Delete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

My Instagram

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates