Isnin, 4 Disember 2017

Ambil Darah Lagi

Terakhir untuk tahun 2017. Next appointment 2 Jan 2018. Bangun pagi2..jam 7.30 pagi dah tercongok kat kaunter minta nombor. Dapat nombor 3017. Bilik 9 jam 8 pagi baru buka. Bajet 1 patient aku kira dalam 2.5 minit. Kalau smooth la. Kaunter pun buka 2 je. Tapi takpe aku rilek tengok2 orang. Sampai masa aku dalam jam 8.35 pagi. Okaylah kan. Laki pun bukan boleh cuti. Jadi semua nak kena cepat.

Siap2 semua jemput mertua kat Putrajaya lak. Dia amik darah di klinik sana. Kenapa di sana....bukan di Ipoh? Kerana dah lama jadi patient kat situ sejak bertahun2 sebelum duduk Ipoh lagi. Mudah dan happy untuknya.

Kemudian makan pagila dah puasa sejak jam 10 malam kan. Yums..

Balik rumah keluarkan ayam. Nak masak sup untuk budak. Ingat nak beli je kat situ tapi owner kedai tak nampak. Lauknya elok bertutup panas2 lagi...buat telan air liur je. Aku pun tapau laksam je la..

Kurang sikit ketidakselesaan badan ni. Cuaca ke? Hari ni mendung. Mengundang tidur sangat...aku kalau panas2 memang lain macam sikit. Haha. Badan lemah deh...batuk masih on.


Cerita makan cheesecake Twix 2 hari lepas. Makan sepotong je. Harga satu ni RM55. Tapi sebab laki beli share dengan kawan 3 orang dapatlah RM50 je satu.


Tataula apa keputusan kolesterol sebab tepat sebulan tak makan ubat. Aku letih la makan ubat...trust me. Tak tahu camne perasaan orang yang kena bergantung pada ubat seumur hidup.

8 ulasan:

  1. Mudah2an sentiasa diberikan kesihatan yang baik.

    BalasPadam
  2. jah sedap tak ciskek tu?? mana nak dapat wei?? smoga kita sama2 diberi kesihatan yg baik ..ameen

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap tapi manehhhhh. Tataula camne laki boleh terjebak beli..so tatau kat mana.

      Padam
  3. kemahen mengancam coklat tu..
    semoga diberi kesihatan yg baik..amin

    BalasPadam
  4. sedap ek ciskek tu. mmg letih la kena makan ubat hari2. jaga kesihatan kak. salam kenal

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.