Kami 3 beranak batuk2. Memang sakit dada ni. Kerapkali terjaga waktu tidur malam. Siap bersambung2 3 orang ni. So bila dah lama tak tahan baik jumpa doktor je walaupun hakikat aku dah malas nak tengok muka doktor. Sebab aku dah tak larat telan ubat. Ni dah masuk bulan ke-2 aku tak berapa sihat. Sebenarnya dah 2 bulan..nak masuk bulan ke-3 😂😂😂.
So sampai klinik Damai tu tulis nama atas kertas untuk 3 orang sekali. Adoilaaa...doktor pulak yang layan sebab pembantu dia tengah buat dressing.
Tak lama kami masuk 3 orang terus. Aqlan dulu kena examine. Dia tu nak duduk kat kerusi permainan je. So doktor pun melayan la dia kat situ..nasib dapat doktor yang sabar...
Kemudian time aku doktor syor untuk buat neb. Sebab dada dah ada bronchitis. Aku pun dah pedih2 dada ni bila batuk2. Mula2 aku tanak sebab aku ada pandangan skeptikal pada mesin neb. Hahaha...aku pun tak tahu operation dia camne. Rupanya cuma bernafas guna alat pernafasan je..kemudian berair2 la hidung tu..
Sambil aku buat neb, laki pulak kena examine. Pelik dia tak kena neb. Padahal dia batuk lagi teruk. Bila tanya jawapan standard dia biasalah I Power..laaaaaaaa...
Bil untuk kami 3 orang RM260. Adoi banyak betul ubat angkut bawak balik...nak tanak kena makan jugak ubat2 tu...
Jumaat, 1 Disember 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
aku suka bau ubat neb..best! hahaha.. dah jadi jajan aku dah neb ni.. smoga tak perlu teruskan aktiviti neb ni lagi k!
BalasPadamHopefully takla kan..tapi azab batuk ni time nak tidur..
Padam