Selasa, 19 Julai 2016

Aku Dan Hobi Membeli Cincin Bersaiz Besar

Aku suka cincin saiz besar. Senang nak nampak. Ke sebenarnya nak bagi orang nampak? Cehhh nak menunjuk sangat..

Jari jemari aku halus dan kecil. Kalau orang salam tangan dan genggam kuat jejari, aku memang marah sebab rasa macam nak patah jejari aku. Kata orang jari aku menunjukkan aku seorang yang berseni. Gitewwwww.

Jadi bila pakai cincin besar tentulah takde hal nak kena salam genggam jejari. Lagi satu aku suka cincin bersaiz besar senang aku nak cari kalau hilang dari pandangan mata. Maklum aje aku rabun. Kah kah ketawa kat diri sendiri.

Cincin2 yang aku beli ni walaupun besar gedabak harga dia taklah mahal sangat. Bila sarung kat jari tu anak aku pun suka gosok2 dan nak main2. Budak Aqlan ni..

Lovisa

Lovisa RM12

Lovisa

Lovisa

Lovisa RM18

Lovisa

Kedai dalam KWC RM10 je rasanya tapi batu2 dia ermmm suka aku menengok. Tapi kalau pakai baju or tudung fabrik lembut habis tertarik benang. Nangis mak.

Zhulian RM60. Kak Ma la jual suruh beli.

Yang takde harga sebab aku dah lupa. Dah lama kot beli. Kalau Lovisa tu takde sale aku tak beli..kalau dah 70% discount mana boleh tahan. Hehe.

Isnin, 18 Julai 2016

14 Tahun Dah Ambil Ujian Darah Ni!

Baru puasa 2 hari...dah cuti untuk ambil darah. Kalau nak teruskan puasa boleh je...tapi sebab aku tak bangun sahur walaupun sekadar boleh minum je pun..maka aku tak berpuasa 6 la..

Datang klinik ambil nombor dah jam 9 pagi..elok berpaling nampak Reen. Dia pun nak ambil ujian darah juga. Haha.

Maka duduklah kami berdua berborak dan bergelak sakan kat luar klinik sebab tempat duduk untuk aku duduk sebelah dia takde. Sambil2 menyembang tengok nombor juga. Masa tu giliran aku lagi 60. Banyak tu.


Sibuk betul dia dengan hp. Hahaha.

She is going 40 next month and I will turn 40 next July. Tapi adakah kamu macam 40? Hahahaha..gelak2 juga...neraka kat belakang jangan lupa.

Aku kali pertama ambil ujian darah ni masa umur 25 tahun. Tapi tak sangka betul dah ada kolesterol. Cam benarkah? Jadi bermula dari situ aku kontrol diet harian aku...yang kemudian dilupakan..beberapa kali on off la jugak.

Ada kawan tak mahu buat ujian sebab tak mahu dengar keputusan darah. Bagi aku buatlah supaya kita lebih bersedia...jangan tiba2 kena strok. Aku ni ada keturunan strok dan jantung lemah. So bagi aku baiklah aku jaga jantung dan hati aku baik2.

Nak amik ujian darah ni kena puasa ye jam 10 malam sebelum esok pagi tu nak kena amik darah. Kalau tak nanti bacaan akan tak betul.

Hari ni ramai betul orang...

Aku punya turn pun dah nak jam 11 pagi. Aku kira2 secara statistiknya setiap patient ambil masa 2 minit.

Tak tahulah kenapa Reen kena kedua2 belah tangan..aku punya darah senang je disedut. Tapi lepas balik rumah bengkak dah urat dah...ermmmm tak best betul.

Ahad, 17 Julai 2016

Bila Pernah Lemas, Sampai Sekarang Masih Terasa

Lemas mandi sungai. Kena bawak dek air. Hanyut. Ini kisah 30 tahun lepas. Dan bila ingat balik kakak yang tarik aku keluar dari sungai tu aku berterima kasih sangat. Nama dia Sharifah. Nama belakang aku tak ingat.

Baru2 ni pergi mandi kat water theme park Bayou Lagoon Resort Park aku ada cuba gelongsor berpusing tu. Aku cuba kekal duduk tapi tolakam air sangat kuat jadi aku terbaring. Bila dah terbaring lagi laju meluncur. Masa inilah ingatan kena bawak dek arus sungai yang cetek je pun tapi sebab masa tu umur 9 tahun dan tak tahu berenang... memangla haru...apa yang aku cuba  capai dan berpaut semua terlepas hingga kak Sharifah tu tarik aku keluar. Bila dah duduk tepi sungai tu mahu tak tercungap2. Masa dah kena bawak arus dah fikir nak mati aje.

Bila sampai ending of the gelongsor air tu aku pulak terjunam sekejap dan rasa lemas sekejap. Rasa macam bunuh diri je kalau masuk gelongsor air. Sekali je aku cuba. Dan sebab nak selamatkan diri sendiri dari lemas siku terhantuk kuat dan lebam. Aku tengok budak2 lain rilek je. Hahaha aku masih trauma la tu..

Aku memang suka aktiviti snorkeling juga. Setiap kali ke pulau2 memang aku join aktiviti ni. Dan kalau kena hanyut sebab kaki dah kejang mulalah perasaan dan ingatan pada kejadian lemas datang balik. Tak recover sampai sudah.

Aku nak belajar berenang untuk atasi ketakutan ini. Ditakdirkan aku mati lemas..itu memang sudah ajalku.

Siapa pernah ikut kelas Aqualogic by Puan Karolina? Aku ingat nak pergi daftarlah.

Suria Beach Resort. Kami suka air. Doa anakku tak alami pengalaman lemas macam aku.


Sabtu, 16 Julai 2016

Open House Dan Jumpa Saudara Mara Jauh

Ada majlis bertunang anak abang Ali sepupu aku belah arwah bapak. Selepas tu dia terus buat open house. So kami sampai ke Bandar Baru Bangi dah habis
majlis. Tinggal makan2 je.

Nampakla abang Musa yang baru tiba dari Mekah jam 4.30 paginya dia. Nak renew visa kerja, nak lawat saudara mara lagi di Rembau. Banyak cerita. Yuhana yang dah sarat tu pun ada dengan si Ahmad. Hehe.

Ada mak dan abang lut. Mereka ni kan duduk serumah. Mana2 sentiasa ada bersama. Kalau keadaan tak izin baru aku ambil mak untuk dibawa kemana dia nak.

Makan2 sampai kenyang. Semua hidangan dimasak sendiri. Kenduri besarnya 25 Dec nanti. Dengarnya dari Singapore pun nak datang bertandang.


Lepas tu aku ke Palace Of The Golden Horses nak jumpa kak Manisah. Ni pun sepupu belah arwah bapak. Lepak kat situ sambil minum teh tarik. Makan2 lagi dia belanja. Mak dan abang Lut pun ada. Kak Pa la yang minta aku bawak mak jumpa kak Manis. Yang lain semua busy bee. Fahamlah...aku kan duduk dah dekat2 situ...sampaikan jelah hajat mak.


















Masa tengah2 minum teh tu...tiba2 dengar bunyi orang main piano. Haaa la anak aku duk tekan piano tu..abah dia cepat2 bangun pergi tutup piano tu.

Kalau ikutkan nak borak memang lagi lama..tapi kami pun dah kepenatan. Bulan 9 kemungkinan ada lagi perjumpaan yang lebih besar..lebih ramai yang datang. Dengan izin Allah kami akan hadir perjumpaan tu..


Jumaat, 15 Julai 2016

Hujan Dijangka Berterusan Selama 10 Bulan Tau!

Siapa suka hujan dan sejuk2? Aku suka je..sedap nyenyak je tidur. Maklumlah dah bertahun panas berbulan2..dan berjerebu pun berbulan juga 2 tahun berturut2.

Ikut kaji cuaca dan anggaran hujan akan turun lebih banyak tahun ni. 10 bulan tu lama...kalau hari2 turun lebat boleh banjir Malaysia ni. Eh KL...eh kawasan rendah..eh area longkang tak dalam..macam2 la..

Tapi kalau ikut la ni..hujan hari2 pastu panas 2-3 hari..pastu hujan balik...ada juga panas pagi..jam 3 ke 4 petang hujan. Jadi nak basuh kain tu kena plan. Aku pulak jenis suka basuh kain ikut dan. Aku tak kira masa. Rasa rajin aku basuh. Haha. Nak ke dobi memang taklah.

Nak cabut rumput pun dah lama tak buat. Makin tinggi rumput tu..makin tinggi pokok daun serai. Puasa 6 pun tak settle2 lagi..

Potong rambut dia hari ni. Tak kuasa nak pergi kedai tunggu abah dia bawak. Rambut dah panjang masuk mata.

Suami nak makan nasi ayam kita masak first time, Alhamdulillah jadi. Resipi kat Facebook suami lah suruh tiru..

Khamis, 14 Julai 2016

Sambut Birthday Ibu Mertuaku Di Sköhns Canteen

Mama turn 70 today. Katanya nak makan steak. Jadi Zcat bawa dia ke Sköhns Canteen. Hari ni ada offer 30% off pulak untuk triple food. Semua 3-3 la..boleh share kami 3 orang. Aqlan orderkan chips tapi berminyak sangat.
Rasa tak cukup order Philly Steak pulak..tapi bagi aku sedap lagi di Miami Grill. Terpulang tekak masing2. Layan. 












Rabu, 13 Julai 2016

Aqlan Selsema, Cuba Klinik Baru; Nadi Iman

dah 2 hari aqlan selsema. asal baru nak tidur je dia akan terjaga sebab tak boleh bernafas. kami berdua pun jadi letihla...jadi hari ni ke klinik baru jelah...malas nak jauh2. klinik ni sebelah Old Town BK5. kami pergi pun setelah kak ma sekeluarga berangkat pulang, kenyang depa makan nasi beriani dan kurma ayam.




muka tak cukup tidur. hahaha sabr ajelah ada anak kecil ni kan.


Selasa, 12 Julai 2016

Kak Ma Sekeluarga (Tak Semuanya) Datang Bertandang

giliran kak ma pulak datang rumah kami. dia bagitahu nak sampai malam. lepas hantar dua anak dia balik KT naik bas di TBS. aku pulak mas tu nak keluar dinner dengan Zcat...sambur birthday..hehe. so aku cakap kalau kak ma sampai ting tong lah dulu..kot2 kami belum tiba..memanglah dia dah tiba sampai duduk dalam kereta 10 minit baru kami sampai...sabar jelah kakakku..ni semua kisah semalam.

jadi hari ni sarapan aku masak nasi goreng jelah, makan dengan rendang paru buatan mama. borak2 sakan pastu pop keluar idea nak pergi Ikea. kak ma pun cepat aje nak pergi sebab dah lama tak ke sana. kami pun plan bawak ke Ikea Cheras.





dalam Ikea ni apa yang tak plan beli pun boleh beli. jadi kak ma beli pinggan 10 keping. hehe. nasiblah balik KT tak naik bas. naik kereta Imran, anak bujang dia yang ke-2. tengah2 shopping tu dan2 sempat makan meatball, Imran pulak nak ke Melaka. aish...kenalah balik rumah. kalau tak lama lagilah kami kat sana.






daripada niat asal nak balik hari ni, kak ma ikut jelah imran balik esok...tu pun plan ke penang tak jadi. kalau jadi tu makin panjang perjalanan kak ma sempena raya ni. haha.

malam aku masak cucur bilis.