Isnin, 18 Julai 2016

14 Tahun Dah Ambil Ujian Darah Ni!

Baru puasa 2 hari...dah cuti untuk ambil darah. Kalau nak teruskan puasa boleh je...tapi sebab aku tak bangun sahur walaupun sekadar boleh minum je pun..maka aku tak berpuasa 6 la..

Datang klinik ambil nombor dah jam 9 pagi..elok berpaling nampak Reen. Dia pun nak ambil ujian darah juga. Haha.

Maka duduklah kami berdua berborak dan bergelak sakan kat luar klinik sebab tempat duduk untuk aku duduk sebelah dia takde. Sambil2 menyembang tengok nombor juga. Masa tu giliran aku lagi 60. Banyak tu.


Sibuk betul dia dengan hp. Hahaha.

She is going 40 next month and I will turn 40 next July. Tapi adakah kamu macam 40? Hahahaha..gelak2 juga...neraka kat belakang jangan lupa.

Aku kali pertama ambil ujian darah ni masa umur 25 tahun. Tapi tak sangka betul dah ada kolesterol. Cam benarkah? Jadi bermula dari situ aku kontrol diet harian aku...yang kemudian dilupakan..beberapa kali on off la jugak.

Ada kawan tak mahu buat ujian sebab tak mahu dengar keputusan darah. Bagi aku buatlah supaya kita lebih bersedia...jangan tiba2 kena strok. Aku ni ada keturunan strok dan jantung lemah. So bagi aku baiklah aku jaga jantung dan hati aku baik2.

Nak amik ujian darah ni kena puasa ye jam 10 malam sebelum esok pagi tu nak kena amik darah. Kalau tak nanti bacaan akan tak betul.

Hari ni ramai betul orang...

Aku punya turn pun dah nak jam 11 pagi. Aku kira2 secara statistiknya setiap patient ambil masa 2 minit.

Tak tahulah kenapa Reen kena kedua2 belah tangan..aku punya darah senang je disedut. Tapi lepas balik rumah bengkak dah urat dah...ermmmm tak best betul.

2 ulasan:

  1. cantik..nmpk muda remaja..x mcm umur 40..serius...

    skarang ramai y ada thp kolestrol tinggi walaupon kurus..faktor pemakanan mungkin

    BalasPadam
    Balasan
    1. faktor makan...yeahhhh...makanan ialah syurga dunia...

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.