Sabtu, 16 Julai 2016

Open House Dan Jumpa Saudara Mara Jauh

Ada majlis bertunang anak abang Ali sepupu aku belah arwah bapak. Selepas tu dia terus buat open house. So kami sampai ke Bandar Baru Bangi dah habis
majlis. Tinggal makan2 je.

Nampakla abang Musa yang baru tiba dari Mekah jam 4.30 paginya dia. Nak renew visa kerja, nak lawat saudara mara lagi di Rembau. Banyak cerita. Yuhana yang dah sarat tu pun ada dengan si Ahmad. Hehe.

Ada mak dan abang lut. Mereka ni kan duduk serumah. Mana2 sentiasa ada bersama. Kalau keadaan tak izin baru aku ambil mak untuk dibawa kemana dia nak.

Makan2 sampai kenyang. Semua hidangan dimasak sendiri. Kenduri besarnya 25 Dec nanti. Dengarnya dari Singapore pun nak datang bertandang.


Lepas tu aku ke Palace Of The Golden Horses nak jumpa kak Manisah. Ni pun sepupu belah arwah bapak. Lepak kat situ sambil minum teh tarik. Makan2 lagi dia belanja. Mak dan abang Lut pun ada. Kak Pa la yang minta aku bawak mak jumpa kak Manis. Yang lain semua busy bee. Fahamlah...aku kan duduk dah dekat2 situ...sampaikan jelah hajat mak.


















Masa tengah2 minum teh tu...tiba2 dengar bunyi orang main piano. Haaa la anak aku duk tekan piano tu..abah dia cepat2 bangun pergi tutup piano tu.

Kalau ikutkan nak borak memang lagi lama..tapi kami pun dah kepenatan. Bulan 9 kemungkinan ada lagi perjumpaan yang lebih besar..lebih ramai yang datang. Dengan izin Allah kami akan hadir perjumpaan tu..


0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.