Ahad, 17 Julai 2016

Bila Pernah Lemas, Sampai Sekarang Masih Terasa

Lemas mandi sungai. Kena bawak dek air. Hanyut. Ini kisah 30 tahun lepas. Dan bila ingat balik kakak yang tarik aku keluar dari sungai tu aku berterima kasih sangat. Nama dia Sharifah. Nama belakang aku tak ingat.

Baru2 ni pergi mandi kat water theme park Bayou Lagoon Resort Park aku ada cuba gelongsor berpusing tu. Aku cuba kekal duduk tapi tolakam air sangat kuat jadi aku terbaring. Bila dah terbaring lagi laju meluncur. Masa inilah ingatan kena bawak dek arus sungai yang cetek je pun tapi sebab masa tu umur 9 tahun dan tak tahu berenang... memangla haru...apa yang aku cuba  capai dan berpaut semua terlepas hingga kak Sharifah tu tarik aku keluar. Bila dah duduk tepi sungai tu mahu tak tercungap2. Masa dah kena bawak arus dah fikir nak mati aje.

Bila sampai ending of the gelongsor air tu aku pulak terjunam sekejap dan rasa lemas sekejap. Rasa macam bunuh diri je kalau masuk gelongsor air. Sekali je aku cuba. Dan sebab nak selamatkan diri sendiri dari lemas siku terhantuk kuat dan lebam. Aku tengok budak2 lain rilek je. Hahaha aku masih trauma la tu..

Aku memang suka aktiviti snorkeling juga. Setiap kali ke pulau2 memang aku join aktiviti ni. Dan kalau kena hanyut sebab kaki dah kejang mulalah perasaan dan ingatan pada kejadian lemas datang balik. Tak recover sampai sudah.

Aku nak belajar berenang untuk atasi ketakutan ini. Ditakdirkan aku mati lemas..itu memang sudah ajalku.

Siapa pernah ikut kelas Aqualogic by Puan Karolina? Aku ingat nak pergi daftarlah.

Suria Beach Resort. Kami suka air. Doa anakku tak alami pengalaman lemas macam aku.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.