Selasa, 19 Julai 2016

Aku Dan Hobi Membeli Cincin Bersaiz Besar

Aku suka cincin saiz besar. Senang nak nampak. Ke sebenarnya nak bagi orang nampak? Cehhh nak menunjuk sangat..

Jari jemari aku halus dan kecil. Kalau orang salam tangan dan genggam kuat jejari, aku memang marah sebab rasa macam nak patah jejari aku. Kata orang jari aku menunjukkan aku seorang yang berseni. Gitewwwww.

Jadi bila pakai cincin besar tentulah takde hal nak kena salam genggam jejari. Lagi satu aku suka cincin bersaiz besar senang aku nak cari kalau hilang dari pandangan mata. Maklum aje aku rabun. Kah kah ketawa kat diri sendiri.

Cincin2 yang aku beli ni walaupun besar gedabak harga dia taklah mahal sangat. Bila sarung kat jari tu anak aku pun suka gosok2 dan nak main2. Budak Aqlan ni..

Lovisa

Lovisa RM12

Lovisa

Lovisa

Lovisa RM18

Lovisa

Kedai dalam KWC RM10 je rasanya tapi batu2 dia ermmm suka aku menengok. Tapi kalau pakai baju or tudung fabrik lembut habis tertarik benang. Nangis mak.

Zhulian RM60. Kak Ma la jual suruh beli.

Yang takde harga sebab aku dah lupa. Dah lama kot beli. Kalau Lovisa tu takde sale aku tak beli..kalau dah 70% discount mana boleh tahan. Hehe.

7 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.