Wednesday, January 23, 2013

ART: Katil King Vs Katil Queen

walaupun berderet aku dapat hadiah bedsheet untuk size queen, tapi ada 1 yang terselit bedsheet size king. maka usaha mencari katil yang sesuai penting sekali untuk keselesaan.

hidup aku bertahun dengan tilam single. tidur tanpa katil. tilam saja jadi peneman sejak aku keluar dari rumah kuarters KTM yang diduduki oleh keluarga kak Cupa. 

setelah akad menjadi isteri - errrrkk perkataan isteri sounds RASMI sangat jadi aku lebih suka guna perkataan girlfriend berlesen. hahahahaha. ke rumah sewa zcat 2 tingkat, katil queen yang beliau gunapakai selama hidup membujang. sakit2 badan sebab tilam dah lebih 6 tahun, maka aku pun kerja merengek sakit badan kena besi2 tilam yang dah kembang. ambik ko masa Harvey Norman buat promo sale launch week tilam harga RM999 jadi RM199. queen size jelah ye sebab katilnya tak rosak cuma kadang2 goyang. haha..

bila pulang dari honeymoon pertama (ah honeymoon mestilah sepanjang hidup..lagi2 masa belum ada anak) maka katil KING amatla best..jadi untuk rumah sewa di Ampang. katil king muat2 je masuk dalam bilik. pembelian bijak, beli katil jenis divan terus dengan harga tilam RM1199. kami beli di Perabot Cempaka je. dekat dengan rumah takdelah kena caj penghantaran..

penting tilam dari bahan getah dan foam ni sebab bila malam2 teman sebelah bangun nak pergi tandas ke, memangla tak sedar diri dibuai mimpi.

Memo;- akan ada lagi entry ART ( Alam RumahTangga)
Previous Post
Next Post

About Author

8 comments:

  1. hamboi alam ART>..heheh pasni AIB pulak..alam ibu bapa ..amin

    ReplyDelete
  2. Hehehe.. Alang2 beb bli king. Tuk guest bli queen jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah aku masih belum boleh terima guest untuk tido...

      Delete
  3. Wahh seronoknya orang baru kahwin ni. Beli tilam baru mesti tidur tambah best, kan? hehehe bantal baru tak beli ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bantal baru dah beli sebelum kahwin kak...hehe

      Delete
  4. Hi, im ur silent reader. Rasa mcm nampak u & hub kt Paradigm Mall hari Ahad malam lepas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi kenapa tak tegur..hihi..kitorang pergi tengok movie

      Delete
  5. kalau Harvey Norman buat sale lagi, roger2 aku ek...nak jugak mencari tilam baru walaupun pengantin tak berapa nak baru

    ReplyDelete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.