Rabu, 2 Januari 2013

Tempahan Baju Pengantin Perempuan di Dezaine Boutique

Pada masa rehat makan tengahari aku ke butik2 pengantin di dalam Ampang Point untuk melihat2 baju pengantin. Bagi aku kalau berbaloi tempah, aku tempah. Kalau tak aku sewa je. Lagipun kain yang aku beli  design ringkas. Jurujual ingatkan itu baju untuk raya kami berdua. Bila aku cakap baju resepsi, dia diam sahaja. hahahaha. Aku disyorkan menghantar kain ke Butik Umairah di Medan Mara oleh jurujual Jakel tersebut. Dari situ aku pun membelek2 blog orang yang pernah menghantar baju ke sana. Kos tempahan katanya dari RM250.00.

Kemudian sebab dah berjanji nak tanya design yang sesuai dengan Abang Zain pasal baju resepsi aku, maka ke Dezaine Boutique la aku menapak dengan Ulfa & Ping.

Melihat figure body shape aku, Abang Zain terus melakar pakaian yang sesuai dengan aku. Setelah bertanya harga upah, aku pun berjanji untuk memberitahunya esok sekiranya Zcat benarkan aku tempah di sini. 

Waktu malam aku sms Zcat dengan perasaan bercampur-baur. Hehe. Ini akan jadi baju paling mahal pernah aku miliki. Disebabkan permintaan Zcat aku perlu cantik untuk dia, maka aku sendiri sanggup membayar dan berjimat cermat sekiranya dia tidak mahu bayarkan. Tapi nampaknya aku tak perlu usaha lebih, Zcat setuju asalkan aku rasa cantik. Dan pastikan baju tu sepadan dengan harga upahan.

Keesokan harinya pada 13 Jun 2012 aku pun menghantar kain untuk ditempah dan membayar deposit  menggunakan wang simpananku. aku ceritakan kepada Zcat dan dia pula sedih sedikit kerana keretanya meragam dan kos membaiki mencecah RM650.00. (novel Melayu betul cara aku bercerita... keh..keh..keh..)

Akhirnya pada 24 October 2012, kami membuat fitting terakhir kerana pada masa itu baju resepsi Zcat juga sudah siap. Kami juga menyewa sampin, tanjak dan aksesori untuk resepsi.

baju ni kalau pakai ke dinner pun boleh. jadi takdela aku rasa membazir. nak sewa baju, aku ni bukan jenis suka pakai bekas orang..kalau tempah sewa, kemudian tengok orang lain pakai pun aku tak sanggup..

6 ulasan:

  1. haah pasni boleh pakai gi wedding memana...berguna tau..aku sanding sewa terus malas nak sewa..baju baru ko...hihi dan lepas tu ada pulak orang pakai..vangga mak

    BalasPadam
  2. Hai....nak tny lah bape kos upah sepasang P+L ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. baju pengantin perempuan harga tempahan mengikut design dan berapa banyak manik nak dijahit. jadi lebih baik you tanya sendiri dengan designer boutique, Abang Syed. baju melayu lelaki i tempah dengan kawan i, bukan dengan boutique ni. mengikut harga masa i tanya, baju melayu lelaki upahnya RM250. harga tempah di boutique pengantin memang lebih mahal tapi i just share my experience, jahitan memang tip-top dan you tak akan menyesal.

      Padam
    2. Oic.. so utk design u ni bape die charge? Baju melayu xde masalah, baju sanding perempuan susah nak cari tailor.. material u provide kan..

      Padam
    3. material kena provide la. kalau dari mereka i tak tau berapa chargenya. harga tempah baju ni 10x ganda tempahan baju melayu lelaki.

      Padam
    4. Ish... mahal gak eh,.. tapi kalo puas hati xpelah.. berbaloi.. anyway, thanks ye anis for inf..

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.