Rabu, 2 Januari 2013

Baju Melayu Pengantin Lelaki

Baju melayu ditempah dari sahabat kami, Faizal suaminya si Ann. Zcat ini cerewet orangnya tentang menempah. Katanya dia selalu menempah di kedai Ajay di Wisma Yakin. Dan Faizal ini pulak memang bekas tailor di situ. Jadi aku meyakinkan zcat untuk menempah dengan dia. Untuk permulaan, 1 helai baju dulu dibuat untuk tester.

kat tepi food court Bukit Indah pun jadi nak ambil ukuran. masa ni diorang ni nak keluar ke mana tah. tepi jalan pun sebat.


ni lah baju Melayu yang ditempah dari Ajay Tailor, Wisma Yakin

Bila baju dah siap dan zcat memakainya dengan perasaan gembira, 2nd baju ditempah. Kemudian ditambah pula dengan baju pengapit lelaki. Adakah dalam tempoh kurang 3 minggu semuanya akan sempat disiapkan? Baju pengapit hanya dihantar pada 29 October! Kerana kami membeli kain pada 28 October di Jakel pada harga RM20 semeter. Harga asal RM22. 9 meter dibeli, 5 meter untuk lelaki, 4 meter untuk perempuan. memang cara cowboy je bila difikirkan. bila dah siap semuanya, Ann yang datang hantar di Delifrance. 

5 ulasan:

  1. dulu baju family aku kawen pun bujal buat...

    BalasPadam
  2. Buat baju cara koboi tak pa la. Jangan kahwin koboi sampai ketepikan keluarga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua ahli keluarga dijemput. penuh masjid & dewan...alhamdulillah hehehe

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.