Khamis, 31 Januari 2013

Muka Licin

pagi2 sebelum pergi kerja kami selalu minum2 je. kalau sempat baru aku masak breakfast. kalau tak sempat jerang air, minum kat office je. hehe. jangan menganggap aku yang bukan2. semua ini tertakluk kepada keredhaan licensed boyfriend masing2.

pagi tadi aku buka topik muka licin. my LB (licensed boyfriend a.k.a. SUAMI) mukanya licin langsung takde  bekas jerawat. aku pulak muka baru je mengalami kekeringan melampau dek tertinggal step penting semalam. sapu moisturizer Hada Labo.

rahsia muka licin LB ialah menggunakan bedak sejuk bila jerawat2 mula naik ketika muda remaja. aku cakap selalu lelaki tumbuh jerawat batu. mesti nanti muka ada kesan jerawat berlubang. katanya, mama suruh letak bedak sejuk. malahan mereka buat sendiri. dia pun tolong mamanya buat. wah wah...betul2 anak yang taat. kesannya. mukanya licin. aku yang macam2 krim tepek hari2 belum tentu licin.

dah mana nak cari bedak sejuk buatan tangan? aku tanak yang dikilangkan. hehehe..kalau pakai dulu mesti kena jerit macam hantu, takpun penuh tepung gomak. aku memang pernah pakai jugak. tapi biasalah nak pakai krim moden. tanak tradisional. sebenarnya kulit muka aku memang sensitif sangat. siap jumpa doktor minta krim khas untuk muka.

6 ulasan:

  1. mintaklah MIL buatkan, takpun lebih afdal mintak LB buatkan...lepas tu agihkan pada ku, berkat waljamaah

    BalasPadam
  2. Ya betul. Kulit muka your LB tu bukan saja licin, tapi gebu takda cela. Macam kulit orang Arab! ada darah Syed kah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. LB saya macam2 darah campuran ada. arab tu ada sikit, cina pun ada. memang muka dia licin..sentap tengok kulit muka sendiri tengah mengelupas..

      Padam
  3. aritu ada tengok rancangan cina kat tv8, diorang buat bedak sejuk..guna air beras.. cam menarik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang guna air beras buat..dulu2 ada yang bau ros wangi tu jugak

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.