Selasa, 1 Januari 2013

Cenderahati Majlis Nikah


Aku ingin benar berikan tin sebagai hadiah. Sebab utama tentulah sebab aku penggemar bekas dari tin, hahaha.. Puas jugak aku cari harga yang munasabah. paling murah aku jumpa dalam blog Cenderahati Perkahwinan dan di dalam FB aku berbual terus dengan pemilik kedai. Boleh dapat diskaun 5% jika beli lebih 500 dan 10% jika lebih 1000. Akhirnya belian berjaya dilakukan pada harga RM1.40 untuk 348 tin. Ini kerana 1 bungkus dijual 1 dozen maka aku membeli 29 bungkus. Semua belian memerlukan deposit 50% sebelum dihantar seminggu kemudian. Aku memilih untuk mengambilnya sendiri dari Azfar di Viva Homes Cheras pada 6 October 2012.


pembungkus berzip ni beli di Daiso, 75 keping RM5! terbaik..lepas habis makan marshmallow. boleh simpan untuk diisi kerongsang, dan macam2 lagi untuk travel




reben kuning dibeli kedai Bunga Reben berharga RM1 untuk 1 roll. aku beli 15 roll tapi habis sepuluh.  sticker tempah di Kiddo Stickers di Kiosk tingkat 2 di Ampang Point. 100 keping kena RM12, aku beli 350 keping lagi murah. tak silap kena RM36 je..
tin ni ada lebih 4 dozen lagi kot. so kalau siapa2 rasa nak beli sikit dari aku, aku boleh jual. sebab simpan banyak2 pun tak guna membazir je..

Aku membeli gula2 & coklat di kedai borong di Bandar Baru Ampang. Habisla RM175. Cadbury 1 botol RM24 x 4, Mentos RM16 x 4 & lolipop RM15. Goodie bag untuk kanak2 juga sudah selesai dibeli pada harga RM15 di Fah Lean. Aku telah membelanjakan RM40 untuk 1 kg marshmallow halal yang aku jumpa di Shah Alam. Dia area food court yang ada kedai makan D’ Arab CafĂ©.

yang tolong datang bungkus mula2 Ann, esoknya bila tak cukup aku, Azrena & Ping pula membungkus. seronok juga ramai2 membungkus sambil berborak macam2 hal.

3 ulasan:

  1. gelak2 borak2 sambil tangan berjalan sama buat kerja

    BalasPadam
  2. nakkkkkkk tak dapat lagi ni...aku tgh bzz packing besday anak aku ni...nnt datang eh 2 Feb 2013

    aku mmg puji salute ann..aku kawen dia pun tolong ikat reben hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku tak sure ada lagi tak kat zcat, kat tgn aku mmg dah habis...ko lama2 aku simpan coklat dgn mentos tu kang expired pulak. hehehe...kalau takat tin dgn reben aku boleh kasi..yg kanak2 punya pun dah habis aku bagi orang...lolipop tu lagila....semut suka..

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.