Monday, June 30, 2014

Walaupun Berpuasa...

Walaupun Berpuasa...
Tetap pump susu juga. Dapat 3oz oe 4oz ke jadilah. Ku cuba minum air sebanyaknya bila berbuka dan bersahur. Ya sudahnya kerap nak ke tandas aje.

Balik jam 5 petang. Masuk jam 9 pagi. Takde rehat. Pandai2 ambil masa untuk solat dan pump. Jangan pergi tidur pula kat surau tu.

Pagi tadi bangun sahur makan kari dengan roti. Budak kecik pun sibuk nak sahur. Buat taktahu sampai dia menangis. Kalau melayan dia memang tak bersahur la aku.

Sunday, June 29, 2014

Shopping At Misslilyshop Dataran Wangsa Melawati

Wah tak boleh menahan ya. Hari2 tengok IG Misslilyshop ni boleh termimpi2 semalam. Haha.

Selepas sahur di rumah mertuaku di Ipoh, jam 1030am baru nak gerak balik Ampang. Tanya dulu ada air tak kat jiran. Ada.....so balik sebab nak cuci kain banyakkkkkk...

On the way tak menahan tu aku ajak Jija pergi Misslilyshop dan Zcat serta Aqlan haruslah turut serta. Mama ye nak shopping untuk raya...mungkin tidak juga..

Shopping masih dibawah sedar. Jadi zap zup zap sebab aqlan dah meragam. Kot penat budak tu ikut nafsu berjalan mama dan papa ye...hehe..



Habis RM157.50. Terus jadi ahli sebab pembelian melebihi RM150. Tapi itu termasuk sepasang kasut Jija. Aku grab 3 pasang terus. Murah kottt...oh ya harga tu termasuk 2 helai baju t shirt yang loose dan cantik.


So maybe datang lagi sebab ada diskaun 20% semasa bulan hari jadi..which is next month je pun...haha.

Kat area situ juga ada KWSP. MANJAKU. EDZ DESIGN. SUGARSCARF dan pelbagai kedai hijabista lagi.

Aku tudung sarung je. Kelam kabut sejak beranak seorang ni...

Nak cari tudung sarung cantik...ada rekemen?

Friday, June 20, 2014

Susu Berdarah

Aku pada mulanya mengepam susu rasa pelik gak. Warna macam air kopi beruang keluaran Wondermilk tu.

Disebabkan musykil aku asingkan beg susu. Selalu aku campur je belah kanan dan kiri.

Balik rumah macam biasa Zcat yang store kan susu. Malamnya susu masih belum mengeras. Eh pelik. Simpan lagi.

Esok nak ambil keluar tengok darah dalam beg susu. Macam mana tu ek. Aku dah fikir bukan2. Risau gak.



Ada sesiapa pernah alami?

Monday, June 16, 2014

Hari Bapa 2014

Hari Bapa 2014
Pulang dari kerja aku berborak dengan Zcat pasal arwah bapak. Walaupun dia tak berkesempatan jumpa tapi aku selalu bagitahu dia yang arwah bapak jika masih ada pasti akan sukakan dia.

Aku terkenang pada masa mula2 aku bekerja. Dengan company lama di Wisma Central. Bapak aku beria nak datang tengok ofis aku. Nak tahu kat mana. Aku punyalah tak mahu kasi. Tapi bapak nak juga ikut aku pergi kerja satu hari tu. Jadi kami berdua naik tren dari Bangsar.

Sampai ofis aku bukalah pintu sebab aku ni selalu datang awal jadi aku diberi kunci pendua. Selepas tengok ofis aku, bapak pun balik. Atau kemana sahajalah sebab dia memang suka jalan2.

Kemudian aku teringat bapak tiba2 sampai depan post guard di tempat tinggal aku semasa matrik di Penang dulu. Dia ajak aku keluar pergi bukit bendera. Aku tak mahu sebab ada kuliah. Aku pun masuk kelas dan bapak aku pergi berjalan sendirian. Aku masuk kelas dan cerita pada kawan. Kawan aku yang aku lupa namanya suruh aku ikut bapak dan ponteng je..nanti diorang bagitahula pada lecturer. Mereka kata kesian bapak aku datang jauh2 naik bas nak jumpa aku. Aku pun rasa insaf dan sedih. Yalah kenapa aku tak terfikir langsung perasaannya. Aku pun keluar dan kejar bapak aku. Aku nampak kelibat dia sedang jalan perlahan2. Puas aku kejar dengan baju kurung ok...akhirnya kami dapat jalan bersama.

Ya, kami naik keretapi ke Bukit Bendera. Menjelang petang sebelum maghrib barulah aku sampai rumah dan bapak ku pergi balik ke KL menaiki bas.

Aku sedih kadang2 bila ingat arwah. Terutamanya bila aku buat perangai dengan dia. Hakikatnya aku masih merindui dia. Selalu bermimpi dia hanya pergi jauh. Tak pernah meninggalkan aku pun.

Kalau nak coret semua perjalanan kami berdua pernah lakukan bersama, memang panjangla..entah aku tahan air mata mengalir atau tidak je...

Sunday, June 8, 2014

Hadiah Kasih Sayang

Jenggggg...semalam pergi KLCC tengok Swatch tapi takde yang berkenan. Rasa dah lama gila tak beli jam berkualiti. Jadi nak guna duit bonus beli jam. So kegunaan utama boleh tengok masa ketika mengepam susu.

Ke Alamanda lah kita hari ni. Isi perut kat Manhattan Fish Market dulu. Panas..tak sesuai untuk Aqlan. Sudahnya kelam kabut makan dan minum.



Di Swatch sini ada banyak pilihan. Ok aku jenis malas nak pakai jam jadi aku perlukan jam sarung je dan jalan. Lagi bagus kalis air.

Masa nak bayar Zcat pun nak bayarkan. Eh eh...alhamdulillah.

Sebagai balasan jom singgah Parkson. Aku suka masuk sini.  Dan suruh Zcat try jubah ni. Boleh pakai pergi terawih katanya. Sobs tahun ni tak dapat pergilah. Dah ada anak kecil.

Terima kasih  atas hadiah kasih sayang. Sayang you..muahs..

Saturday, June 7, 2014

IPC, IKEA, DAN KLCC

Anak..anak..asal mak dia nak start makan masa itulah dia nak menyusu. Panas tak boleh dudukla betul2 bawah cerobong aircond. Bila tak mahu duduk dalam carrier nak kena dokong pulak. Nak tengok2 sambil kaki melompat2.

Kata Dr. Nik Rose, budak ni lasak. Berat badan tak naik banyak sebab aktif bersenam. Dia suka angkat kaki dan tangan. Pagi2 mestilah nak meregangkan semua tangan kaki. Naik tak sampai sekilo. Tapi sihat. Meragam semalam 2 jam. Ngantukla layan dia.

Dah mama dia nak makan sedap. Memang suka makan spaghetti kat sini.



Tujuan asal datang sini nak ambil baju yang di alter. Tu je. Konon nak masuk Ikea Aqlan dah melalak sebelum masuk lif. Sebab mulanya Zcat nak makan meatball Ikea. Ko tahu jelah azab nak beratur tu. Tak kuasa dah.

Habis makan kami  ke KLCC sebab ada Philips Fair. Tapi sebab tak mesra stroller kami balik je. Panas sangat kami sedut Boost. Kemudian tapau burger Fuel Shack daging kambing. Sudahnya di akhir nak balik tu beratur kat Garret nak makan pop corn macadamia.

Nak shopping baju Aqlan dia dah tunjuk aksi nak mengamuk. Haha..kesian padahal baru cucuk tu semalam. Jalan dengan mama sakan la..

Friday, June 6, 2014

Thursday, June 5, 2014

Wednesday, June 4, 2014

Confirmed By Bank Balance

Confirmed By Bank Balance
Wah. Setelah cek belen akaun jadi duit bonus yang tak sampai sebulan gaji tu dah masuk. Tolak epf dan pcb adalah...bolehla tukar tayar kereta, makan sedap sikit.

Alhamdulillah. Ada juga orang yang tak pernah dapat bonus langsung jadi Zcat nasihatkan redha dan terima jelah.

Kenaikan gaji back pay May. Pun memang kurang. Tak sama naik masa dengan management lama. Redha je..

Tuesday, June 3, 2014

Surat Dari HR

Surat Dari HR
Wah petang2 dapat surat lepas tu kena paksa sign je.

Bila tengok rupanya surat kenaikan gaji dan bonus 2013.

Memang memeranjatkan sebab tak sama dengan management dulu. Terimalah seadanya.

Jadi apa nak beli buat kenangan dapat bonus ni..dalam kepala ada 1 dah. Hehe.

Monday, June 2, 2014

Stress Mengurangkan Susu Ibu

Stress Mengurangkan Susu Ibu
Itulah yang terjadi pada aku. Last week memang teruk sekali stress. Aku dapat 2oz je last Friday. Tapi hari ni dapat hampir 7 oz. Eh seronok je mesti ok.

Selain supplement yang dimakan tak boleh lupa juga minum air kosong banyak2. Still tak mencapai 3 liter la sehari. Adoii..

Malam kami masak bersama. Hilang stress.

Sunday, June 1, 2014

Rindu Seorang Nenek

Dah lama Aqlan tak jumpa neneknya. Neneknya menangis tahan rindu. Sampai macam tu sekali cerita mak aku. Alahai aku pun rasa sedih. Kalau mak tak datang aku memang nak singgah je rumah abang lut tu jenguk mak bawa jumpa cucu ke 51 nya.

Weekend memang selalu je ada hal. Tak aku, mak pun ada hal. Itu dah planning nak pergi penang jumpa kak ted sekeluarga.



Sambil kami berdua berborak adik ipar tolong masak lunch. Terima kasihla Jija. Sedap makan..

Mak datang bukan tangan kosong. Ada je barang2 yang dibawanya. Hehe terima kasih mak.