Pulang dari kerja aku berborak dengan Zcat pasal arwah bapak. Walaupun dia tak berkesempatan jumpa tapi aku selalu bagitahu dia yang arwah bapak jika masih ada pasti akan sukakan dia.
Aku terkenang pada masa mula2 aku bekerja. Dengan company lama di Wisma Central. Bapak aku beria nak datang tengok ofis aku. Nak tahu kat mana. Aku punyalah tak mahu kasi. Tapi bapak nak juga ikut aku pergi kerja satu hari tu. Jadi kami berdua naik tren dari Bangsar.
Sampai ofis aku bukalah pintu sebab aku ni selalu datang awal jadi aku diberi kunci pendua. Selepas tengok ofis aku, bapak pun balik. Atau kemana sahajalah sebab dia memang suka jalan2.
Kemudian aku teringat bapak tiba2 sampai depan post guard di tempat tinggal aku semasa matrik di Penang dulu. Dia ajak aku keluar pergi bukit bendera. Aku tak mahu sebab ada kuliah. Aku pun masuk kelas dan bapak aku pergi berjalan sendirian. Aku masuk kelas dan cerita pada kawan. Kawan aku yang aku lupa namanya suruh aku ikut bapak dan ponteng je..nanti diorang bagitahula pada lecturer. Mereka kata kesian bapak aku datang jauh2 naik bas nak jumpa aku. Aku pun rasa insaf dan sedih. Yalah kenapa aku tak terfikir langsung perasaannya. Aku pun keluar dan kejar bapak aku. Aku nampak kelibat dia sedang jalan perlahan2. Puas aku kejar dengan baju kurung ok...akhirnya kami dapat jalan bersama.
Ya, kami naik keretapi ke Bukit Bendera. Menjelang petang sebelum maghrib barulah aku sampai rumah dan bapak ku pergi balik ke KL menaiki bas.
Aku sedih kadang2 bila ingat arwah. Terutamanya bila aku buat perangai dengan dia. Hakikatnya aku masih merindui dia. Selalu bermimpi dia hanya pergi jauh. Tak pernah meninggalkan aku pun.
Kalau nak coret semua perjalanan kami berdua pernah lakukan bersama, memang panjangla..entah aku tahan air mata mengalir atau tidak je...
Isnin, 16 Jun 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Alfatihah buat arwah.
BalasPadam