Tak Beli Apa Pun On Single Day

Macam mana nak beli...satu hari keluar rumah pergi lawat kedai jual tilam dan divan. Pastu balik rumah lagi setengah jam nak jam 12 malam baru nak tengok HP. Kesian laki nak beli shaver Philips tu tak keluar pulak. Dia kata harga jatuh separuh tapi gagal dibeli. Aku lak takde mood la nak beli...tahlaaaa...mood aku sekarang ialah hendak makan aje...

So hari ni tak masak pun. Tiba2 laki kata dia dah lapar. Tak kuasa nak tunggu ikan lembut. Jadi kami pun pergi makan kat A. Hassan Ayam Goreng Kampung di R&R Awan Besar. Dekat je dengan rumah. Lepas dah renovated akibat kebakaran tahun lepas, R&R ni lagi cantiklah. Sejuk sedap je makan kan.

Pastu solat siap2 sebelum ke Brickfields. Kami nak pergi kedai second hand jual barang lelong. Aku lak tiba2 rasa nak demam dah sebab cuaca panas. Aku ni baru nak sihat sekali kena panahan matahari mulalah ajdi lilin. Adoii..tak sempat nak tengok semua. Tapi overall memang menarik kedai ni. Banyak barang2 dari hotel. Nak ambik gambar tepek sini tak berani. Kekeke..tapi dalam tak larat teruja tu..

Gambar dia ni diambil diluar gudang

Kedai Kaki Lelong SB
67, Jalan Scott, Brickfields.
Sebelah Sonali. Mesti nampak kalau nak ke KL Sentral.

Sudahnya balik jelah. Tidur la. Cuaca pun meminta untuk kita berehat...cececece.

Lepas isyak nak makan tart Portuguese King's tu. Ke IOI mall je. Sedapnya sekali makan dan 3 ketul. Nasib laki beli 6 RM12.

Aahhh memang aku berselera nak makannnnnnn je sekarang ni. Alhamdulillah ada laki yang melayan. Syukur sangat pada Allah.
Share:

6 comments:

  1. laaa. baru nak tgk review hahaha...
    sekarang ni banyak pulak perabut promo lalu lalang kat wall FB.. akhir tahun ni mmg banyak la sale.. tgh buat survey je dulu..

    ReplyDelete
  2. saya pun x sambar apa pun 11.11..sbb masa tu kat Melaka...xsempat nk nk tgk web apa2....hehehhe...kan samalah kita syukur ada laki nak melayan...heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan ada laki nak melayan kita ni..layanla laki tu balik baik2. Hehe.

      Delete
  3. alahaiii ingat akak pun boleh nak cuci mata share gambar. lenkali ambik je. tak apa kot.
    Ayam kampung tu mmg sedap lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nak pergi lagi. Lain kali saya amik gambar k. Lagi satu saya pun masa tu dah nak demam...memang panas sangat dalam gudang tu walau ada kipas besar..😅😅

      Delete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.