Jumaat, 10 November 2017

,

Tawaran RHB Untuk Pemegang Kad Debit Dan Kredit Sempena 11.11.17

Aku ni kan laki dah suruh godek2 kat Lazada apa nak beli. Sebab dia nak banjer. Haha.. aku kesian gak la kat dia sebab baru2 ni dia buat settlement tax yang tak cukup dibayar walau ada PCB. Bukan sikit ya....kalau ikutkan kena bayar berbelas K termasuk dendalah. Nasib dapat diskaun. Jadi hampir separuh je bayar...Rungsing dia berhari2 kat rumah. Sebab nak contact PIC kat LHDN tu punyalah payah nak dapat. Aku minta tolong kawan keje kat LHDN tu pun dia terlupa kat mesej aku...wawawa..tapi takpelah dah settle buat masa ni.

Jadi aku pun belek2 la apa nak beli...aku nak casing barulah untuk S4. Laki pun dah pakai S7 kemain banyak casing dia nak tukar2 beli kat kedai ustaz je murah2 RM6 dah dapat. Dia kata S4 casing cam dah takde. Nasib kat Lazada ada lagi. Hehe.

Pastu ada la juga beberapa benda lain aku kenan. Alatan2 memasak la dan storage kecil2 yang senang nak alih.

Hari ni dapat lak emel dari RHB. Ada diskaun bagi pengguna kad sempena Single Day 11.11.17. Erm jap jap..ni bahaya. Sebab aku adalah pemegang kad dan aku bila dah beli online ni agak tak sedar sikit. Meh tengok apa dia tawar..


Pesanan pada diri sendiri..sila berbelanja dengan berhemah. Amalkan jimat cermat. Hihi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.