Sunday, November 5, 2017

Setelah Sebulan Sakit

Dalam tempoh sebulan yang lalu aku dah menemui doktor 4x dan dentist 3x. Yeah banyak betul perjumpaan dengan diorang dan sistem diorang yang canggih tu akan menunjukkan jenis ubat ubatan yang aku dah ambil. Ada yang sampai tak cukup so beli sendiri di farmasi.

Semalam jumpa doktor dan dentist. Ke Klinik Pergigian Zakwan dulu sebab nak buka jahitan pembedahan 2 minggu lepas. Kenalah sikit rasa sengal tu tapi tiada bayaran dah dikenakan sebab dah masuk dalam pembayaran terdahulu yang berjumlah RM500 tu. Dr. Hazizi siap tanya bila bius habis...ahahaha.. aku gelak bukan apa..jam 12 keluar klinik jam 1 petang bius habis dan aku menangis teruk sampai tertidur. Jam 3 petang baru aku dapat bangun dengan gusi masih berdarah. Sakitnya itu sangat teruk hingga aku boleh kata lagi teruk dari sakit aku kena czer. Ye lepas kantung kencing dah dicabut kena pergi tandas bangun sendiri kan...jalan terbongkok2 kan (siapa yang pernah alami tahulahhh) tapi bab gigi ni bius hilang sakit terus menyerang seluruh gigi..muka..kepala...aku tak boleh duduk diam. Kejap menangis kat bahu laki. Kejap duduk atas kerusi..kejap menyandar kepala di dinding. Huru hara...hari itulah first time laki tengok aku nangis teruk. πŸ™ˆπŸ™‰πŸ™Š

Tapi alhamdulillah aku tak alami kesan kebas di bibir atau rahang. Sebab kata doktor itu boleh jadi hingga sebulan atau worst case selamanya. Yeah...bukan main2..aku kan kena sign surat pembedahan. Kemudian doktor suruh aku buat appointment baru untuk cuci karies lak. Eh doktor boleh tak aku nak berehat dari jumpa doktor. Lagipun gigi punya belanja takle claim. Tapi staff kat depan insist juga aku pun macam kata letakla tarikh apa2..jam sekian2...tengoklah apa2 aku sms dulu ke. Sebab yeah aku penat sebulan sakit dan nak sambung lagi...erkkk...

Kemudian jumpa doktor kat Damai lak. Doktor ni aku tak pernah jumpa tapi nama dia aku bagi kat doktor lain. Kah kah. Doktor Baraath ni specialist dalam bidang neurologi jadi banyak sikit penerangan dia. Dia tengok history ubat aku pun dia tanya apa alahan aku....apa ubat lagi aku makan..

Bila aku cerita pasal ubat kolesterol tu..maka dia cakap ubat tu kalau diambil dalam dos besar dan tempoh yang lama boleh mendatangkan sakit2 badan. Sebab aku ada sakit tangan dan saraf la.. jadi dia minta aku untuk stop sementara.

Maka bersambunglah ubat lagi cuma kali ni dapat antibiotik. Kemudian doktor terangkan pasal jenis2 alahan..cara2 menjaga kebersihan tempat tidur. Dari sofa, karpet, langsir dan tilam. Dan siap tanya ada kucing tak? Sebab kucing dan kutu kucing (selain anjing.. senang cerita pet) adalah sebab utama alahan biasa penduduk Asian.

Doktor juga bercerita kenapa dia ambil bidang ni sebab selama 25 tahun mak dia tak bagi makan seafood sebab katanya ada alahan. Jadi dia tak puas hati dan belajar bidang ni. Ko...25 tahun kot....tak makan ikan dan haiwan2 laut lain. End of research dia alah kucing yang dibela kat rumah mak dia. Ok kita semua memang suka makhluk kucing ni kan..aku pulak suka2 camtu je...sebab aku tahu kucing ni akan jadi raja pulak tak memasal kalau bela.. nak layan kencing berak makan dia.? Sorry aku memang malas. Jadi aku senyum jelah kat doktor. Hehe..apa aku nak buat bukan kucing aku pun kat rumah tu.

Back to the jaga kebersihan tu yang penting. Kena rajin spray anti bug kat sofa, tilam semua tu. Tukar cadar takde masalah..yang takle blah doktor suruh tukar sofa la bila nak raya nanti. Wah aku cakap kenapa tunggu raya? Lambat lagi...hahaha...abis nak suruh pakai kulit atau pvc? Ah kalau kucing tu mencakar tak guna jugak.

Aku pun dah feel better la pagi ni. Tengok tengahari  nanti jadi apa pulak.

Semalam berselera pulak makan kat sini lepas jumpa doktor2 tu. Kat Bukit Jalil ada tapi laki tak caya kesedapan jadi sanggup balik Ampang. 

4 comments:

  1. lemauu kannn bila tak sihat??? sihat ni lah segala2nya.. cepat sembuh k!btw cete bab sofa.. ikut mata and nafsu aku kan nis..mmmg suka fabric sofa... lawoo wooo... tapi kalau cete bab praktikal,suami aku insist suh pakai sofa kulit.tahan lasak and less maintainence. 2-3 bln spray ubat leather,lap2..selesai. umah hang ada tucen eh? hat tu ssh nak habaq..huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing dah wujud sebelum aku wujud kat rumah ni 😸😸😸. Dari 3 ekor tinggal seekor je.

      Delete
  2. Sakit melibatkan gg.. Slagi x settle mmg menanggung je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun. Lama sangat menahan lama2 tak mampu dah..

      Delete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.