Laki aku ni kan memang seorang yang suka melayan. Nak makan kat mana bagitahu je. Dia cuba usahakan selagi mampu. Kadang2 dia merepek juga nak berhenti makan kat kedai itik gantung. 😬😬😬 saja kan nak kenakan aku.
So aku pagi2 lapar pulak... semacam laparnya maka dia ajak pergi makan roti canai kat Shah Alam. Aku kata apasal jauh....tapi dia kata I dah lama teringin nak makan kat kedai tu. Okayla ada roti canai sedap gak..
Kami lewat juga sampai dalam jam 10 pagi. Aku kata ada lagi ke.....katanya tutup jam 2 petang. So okaylah. Sampai2 elok je ada parking dekat. Oh kedai ni dekat 99Speedmart. Masuk2 kedai pun ada tempat duduk.
Aku order roti canai bawang. Laki order 2 capati dan roti canai bawang cili telur...Aqlan roti boom. Pastu kami amik kuah daging kambing. Tak cukup aku tambah lagi nasi goreng telur mata. Wahhhh pastu air teh tarik dan nescafe. Kemain makan ya...semua kena RM28 tak termasuk nasi lemak. Laki lupa kira.. masa dah pergi 99Speedmart tu dia pergi balik jumpa makcik tu dan makcik tu halalkan je. Nasi lemak tu RM2.50 tau. Semoga murah rezeki makcik tu tak berkira langsung ya. Kami memang nak datang lagi. Nak cuba lain2 pulak. Roti canai semua depa buat sendiri. Depan mata ko nampak. Sedapnya roti dah sejuk masih lembut. Aishhhhhhhh..... jauh tak jauh macam balik Ampang je. Haha.. nak pergi korang waze jelah....
Makcik Capati Seksyen 8 Shah Alam okay.
Layan....
Lepas tu pergi tengok tilam dan katil...
Zuhur balik rumah mandi aolat tidur. Haha...jam 5 petang lepas Asar keluar balik ke Domino's makan kek lava tu. Aqlan makan lasagna..tapi bila dah last2 tu nampak aku makan kek dia nak kek pulak. Share makan la kami berdua ni. Maghrib kat Masjid Tentera Sg. Besi. Pastu ke Mines 2 nak tengok tilam dan katil lagi. Tapi takle concentrate sebab Aqlan terlalu gembira lari2 ke sana ke mari. Nasib dah sihat bolehla main kejar2 kan..tu pun..
Sudahnya balik jelah....nak makan pau pulak...puas cari keliling Puncak Jalil akhirnya ketemu di kedai Char Kuew Tiaw Sg. Dua. Highly recommended la sedap gila pau kacang...aku memang makan pau kacang je. Tapi menurut laki yang makan pau daging dan pau ayam pun sedap...dan boleh repeat lagi..wah..gambar takdak sebab beli2 terus makan macam rakus je laparnya..
Esok laki cadang makan kat rumah je. Okay kita tengok esok boleh tak kita memenuhi permintaan itu. Hihi.
Sabtu, 11 November 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
saka hantu raya ko dah keluar ke :D
BalasPadamBanyak pulak permintaan yang telah ditunaikan...hahahaha
PadamRoti telur cicah kari kambing memang terbaik.
BalasPadamTapi tak minat kedai mamak.
Kedai ni mamak muslim. Bukan macam ingat mamak, tapi pemilik hindu rupanya.
Padamsedapnya kak
BalasPadamSedap..sila pergi cuba..
Padam