Minggu ni aku masih tak larat. Tapi ubat2 semua dah habis makan. Tak kuasa dah nak jumpa doktor. Tak larat baring jelah kan. Dalam pada tu kena juga tunggu penghantar barang...hujan pulak turun kalau keluar rumah mesti pakai payunglah. Bukan renyai2 bukan lebat tapi hujan memanjang.
So dalam jam 3 lebih kot bunyilah orang hon2 depan rumah. Aku pun kelam kabut capai baju kimono besar dan tudung segera. Senang sarung je semua. Dah tu dia tekan loceng plak. Eh aku pun nak kena adjust takkan nak keluar camtu je. Kot2 ada yang tersembul keluar.
So berpayunglah ke gate. Kesian pulak tengok despatch tu hujan2 kena hantar barang. Pastu dia keluarkan sejambak bunga dan confirmkan nama aku. Eh..eh..bunga lah..hehe...sungguh aku tak terfikir langsung walaupun aku tahu hari tu ulangtahun perkahwinan kami yang ke-5. Pagi tadi sebelum pergi kerja laki wish2 camtu je. Takde muah2 pun sebab aku masih tak sihat. Kang berjangkit susah pulak laki bini batuk. Aku batuk sikit2 je...tekak pun masih belum ok. Nak makan diaflame tu eeee risau lak sakit gigi walaupun gigi tu dah takde..hehe..
Terima kasih suamiku kerana bagi sejambak bunga lagi..masih belum terlupa dan masih ada cinta. Ecececece.
15/11/2012-15/11/2017 |
Bunga2 hati eh..bunga matahari, rose dan daisy. |
suweeet gula2 kapas..
BalasPadamsuprise dapat bunga, kalau dulu time becinta dapat bunga keringkan pastu simpan dalam buku, jadila bunga kering, seperti tak kering lautan sya cintakan awak.. cia cia hahaha
Hahaaa...aku tak pernah pulak buat camtu. Biasa biarkan je sampai dia kering sendiri. Kekeke..jika hatimu kering meh aku basahkan dengan cinta..geli tak?
Padambestnya dpt bunga
BalasPadamAlhamdulillah š
PadamWah dapat bunga. Happy anniversary
BalasPadamTq...Hati seronok š
Padamtahniah.
BalasPadamhappy anniversary
Terima kasih WPš
Padam