Ahad, 26 November 2017

,

Unboxing Singer 14HD854

Okey hari ni baru nak buka kotak dari ezbuy. Punyalah menahan diri sejak Rabu lepas. Selalu tak pernah menahan kali ni menahan bukan main lama. Salah satu sebab tak boleh buka depan anak. Dia excited kang aku pulak yang marah2. Haha..benda mahal ni ok. Dia tu semua benda baru dalam kotak dianggap barang dia. Excited lebihhh.

Jadi upacara buka kotak ni dalam bilik menjahit la. Buka sorang2 tanpa anak dan laki. Depa 2 orang tu dah khayal duduk depan TV. Itupun sebelum tu budak kecil nak join masuk bilik tapi aku suruh dia join duduk dengan abah dia. Hahahaha.

Masuk bilik siap kunci ok...adoii aku sampai termimpi2 dapat barang bukan oringinal. Mimpi macam betul pulak tu. Tu la tahan lagi diri nak buka kotak. Gila kalau tak dapat barang original mahu nangis la...mesin jahit tepi jenama Singer ni harga termasuk insurans, dan penghantaran semua RM1116.42. Ni mesin jahit tepi 4 benang dengan 2 jarum. Macam2 hal berlaku lepas dah bayar...malas cerita la.. in the end dah dapat kan. Syukurlah...

Aku beli Singer tapi kenapa kotak dia Sinry? Tu pasal aku termimpi2 dapat yang fake...

Invoice dalam bahasa Cina la..

Free benang dan segala mak nenek alat jahitan. Malas pulak nak buka dan susun satu2 ambik gambar...

Kemudian baru aku nampak kotak Singer...heeeeee

Kat plastik je English. Manual dalam bahasa Cina. Takpe aku dah download siap2 manual English dari Lazada

Dah siap pasangkan benang ko..4 warna lagi..

Ni masih dalam kotak. Cuba angkat berat gila..tunggu laki setup meja jahit la baru dapat tengok sepenuhnya. Ok dalam kepala otak dah macam2 projek menjahit nak buat. Alhamdulillah. 

So ya kenapa aku beli kat ezbuy? Memang aku dah survey harga siap2 dari kedai di Bangi, Lazada dan 11th Street. Semua mahal dari harga yang ditawarkan di ezbuy. Ni pertama kali aku beli dengan ezbuy. Dah harga mesin lain..penghantaran pun caj lain sebab mesin ni berat ya. Aku juga bayar insurans in case barang rosak ke hape ke kan...pastu bayar juga caj hantar ke rumah dalam RM8 sebab tak kuasa nak collect dari diorang di Cheras. Dalam pada lepas aku dah buat bayaran tu memang risau kalau tak dapat barang...satu barang ni naik kapal laut. Mula2 aku dah bayar penghantaran naik kapal terbang. Bila diorang emel cakap kena naik kapal aku pasrah je sebab lama..aku tak dapat refund bayaran naik kapal terbang tu ya dan diorang tanya aku nak refund harga mesin balik atau proceed. Sebab naik kapal laut lama la nak dapat. Aku kata proceed je. Masa proses proceed ni je dah makan masa seminggu kot. Hangin aku dengan Apps diorang takleh reply. Nak suruh reply kat situ juga. Pastu aku dah marah2 sikit masa emel kat diorang tu barulah depa fwd emel aku ke pihak ezbuy Malaysia. Tu pun beberapa hari baru akhirnya diorang proceed je thru email bukan Apps. Aku dah ngamuk hahaha...dah la time tu aku tak sihat..jadi aku punya mood lagila....

In the end dapat juga akhirnya..hehe...berbaloi simpan duit2 ni. Now nak simpan duit balik nak beli apa pulak?

Oh ya masa nak pilih beli ni ada beberapa option. Ada yang bagi free barang ada yang tidak. Harga sama je..so pandailah2 klik gambar yang dapat free barang. Kalau tak rugilah.

8 ulasan:

  1. Lepas ni kumpul duit ikut perancangan lain pulak le hihihihi :D

    BalasPadam
  2. eh aku teka dulu taww baru baca entry ni!! yeayy betulll!!! nak hadiahhhh.. tlg jahitkan aku sehelai blouse.. :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takde pulak aku buat GA siapa teka betul dpt blouse...tapi kalau betul nak tempah ok je..Hahaha

      Padam
  3. Sekarang kerja2 menjahit ni dah susah sikit tak macam mak2 kita dulu yang 'goyang kaki' aje.

    BalasPadam
    Balasan
    1. WP cakap pasal mesin jahit goyang guna kaki ke tu? Saya first time menjahit pakai mesin tulah..mak saya punya..ada je lagi tapi dah tak berfungsi.

      Padam
  4. saya pun baru beli mesin mcmni..tp jahitan bawah nya tidak kemas.. kenapa ye? tau tak camne nk ejas?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Percaya tak..baru tahun ni dapat jahit tepi dengan kemas dan cantik gila. Macam2 dah jahit tapi baru puas hati.

      1. Cek jarum..kalau dah tumpul kena ganti..so kes saya..jarum tumpul. Haha.
      2. Belajar masukkan benang dengan betul.
      3. Adjust nombor ikut kain? Mula2 try tapi memang tak lawa..last2..kekalkan semua nombor pada 3 dan tombol sebelah kanan nombor 2.

      Memang nak kena up cerita baru pasal mesin ni..punyalah malas. Sebab kecewa bertahun2...hehe.

      Selamat menjahit ya..

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.