Sabtu, 14 April 2018

Giliran Rabiyah Dan Faisal Pulak Menikah

Selang seminggu si Uji menikah, Rabiyah anak kedua kak Pa pulak menikah dengan pasangannya Faisal. Rabiyah juga lahir di Sg. Koyan dan Faisal orang Kajang. Dokek jo rumah dengan mertuanya yo. Eh titibe aku cakap nogori sebab abang ipar aku suami kak Pa tu orang nogori. Majlis berlangsung di Masjid UKM. Kekeke...aku gelak bukan apa..aku ni ke UKM dah macam tersangkut selamanya kat situ. Ada je reason untuk masuk ke UKM. Tapi nak sambung belajar tidakla ya...penat kerja dah habis bayar hutang PTPTN 😅😅😅.

Aku hari Jumaat lagi dah datang rumah kak Pa tolong mana patut. Isi barang dalam goodie bag le sambil sakan berborak. Bila lagi nak kecoh dengan adik beradik. Kekeke...siapa masuk dalam ahli keluarga kami sila bertabahlah ye. Memang bising aje. Kutuk puji semua depan2.

Majlis berlangsung jam 11 pagi. Sekali lafaz je..pastu pergi makan. Jam 2.30 petang baru pengantin makan beradap. Lauk pauk nogori memang ada. Paling aku suka rendang daging ler. Sedapnya wei siap tapau bawak balik. Hahaha..aku pun balik2 ke rumah homestay. Solat zuhur dan datang balik. Tak solat pulak dalam masjid. Tak jumpa tandas sementara untuk perempuan. Tandas yang renovate tu tak siap2.

Lepas zuhur aku follow kak Ted. Laki dan anak tido kat homestay. Depa dah penat sangat bangun pagi2. Aku pun duduk kat majlis sampai jam 5 petang. Sampai habis majlis. Jumpa adik beradik dan saudara mara yang datang dari Singapore. Puaslah bergambar. Tepek kat sini mana yang lawo jelah..hahahaha...

Jurukamera tak bertauliah ramai. Yang pro seorang je. Jadilah buat kenangan..lega dah kak Pa lagi sorang anak dah kahwin.




Bapa pengantin, abang Musa

Rabiyah dan adik2 perempuannya. Tak nampak Mariah pulak.





Comel je 2 orang ni.




Kak Ma tu acting je lebih. Dah makan dengan kami tadi. Hehe.

Sengihlah pengantin sampai mulut sakit2.


Dua2 kerja kat hospital yang sama. Senanglah pergi balik kerja lepas ni.

Bagi mak pak jadi pengantin kejap. Dah 31 tahun diorang kawen.

Kena paksa pegang tangan. Ni pun bercinta lepas kahwin.


Yang pakai baju batik tu abang Ali, sepupu kuat tu.

Kek ni sedap okay. Tapi sepotong tu makan ramai2. Tak tamak ok.

Gambar dari GoPro kak Ted. Sukalah gambar ni. Hehe.

Yome dari kelas kat Shah Alam terus datang. Bini dan anak2 tak dapat datang sebab ada yang tak sihat.

Abang Musa post gambar ni lepas bersihkan kawasan masjid. Cayalah depa siap bergaya dengan penyapu bagai.

Next kenduri 30 Jun dan 5 Ogos. Berderet anak buah kawen oiii..

1 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.