Sunday, April 22, 2018

Jadi Ahli Hero Market Ni Untung

Bulan April dapat katalog kupon diskaun dari Hero lagi. Sajalah tunggu hujung2 baru nak beli.

Kononnya nak feeling pergila Hero Nova Saujana. Rupanya renovation tak habis2 lagi sejak tahun lepas ke dah closed down tak tahulah. Sudahnya pergi Hero TTDI. Kat Puncak Jalil bukan takde Hero tapi takde bakeri. Dalam buku kupon boleh dapatkan minuman dan makanan tertentu secara percuma.

Tapi sebab dah sampai jam 9 malam camtu dan belum shopping, kedai tutup jam 10 malam makan haruslah shopping barang rumcit dulu. So memang tak sempat beli dari bakeri. Simpan jelah kupon belum pakai sampai 30 April.

Aku dan Aqlan masuk kedai dulu. Laki pergi parking. Terus ambil troli. Budak kecik suka sangat shopping barang2. Selain shopping mainan la. Dia suka ambil dari rak. Cam bahagia mukanya. Bagi chance la.

Tak lama kemudian abahnya datang. Kami 2 orang ni tak pakai jam tangan so malalut2 pilih barang. Dah sampai hujung apa yang tak jumpa kami pergi patah balik. Pekerja dah start mop lantai tapi kami masih feel free gitu.

Siap beli barang tengok ada section dah tutup. So beratur jelah...

In the end kami dapat menjimatkan duit sehingga RM52++. Rasa macam dapat benda free bila pakai kupon ni lah..

Sebelum keluar rumah. Gigih beli baju ni nak masuk pertandingan UniqloXLegoland. Hopefully menang.

Anis Azalea

Author & Editor

Ramai kenalan tapi seorang introvert. Bukan suka menyendiri tapi suka diberi ruang peribadi.

1 coment�rios:

  1. yg bencinya hero members kena renew setiap tahun :D

    ReplyDelete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

 
biz.