Isnin, 23 April 2018

Hasil Jualan Barang2 Yang Boleh Dikitar Semula

Lama dah aku buat sorting wastage kat rumah ni. Saja aku nak menerapkan budaya tu. Acah2 jadi Jepun. Kekeke. So rumah kami ada pelbagai tong sampah. Asalnya tong sampah besar 1 je. Untuk semua sampah. Masa musim takde air laki beli bertong2 bekas air. Sudahnya tak pakai baik aku gunakan. Tong2 sampah ni bersih. Sebab semua pakai beg plastik sampah. Bab ikut2 warna tu aku tak follow sangat walau dah beli plastik sampah berwarna warni. Ada hitam, putih hijau dan biru. Kuning pun ada....siap ada bauan ya...


Untuk sampah dapur kami guna warna hitam. Kuning untuk disposable diapers. Yang lain2 tu belasah je asal ada stok. Tapi aku asingkan botol plastik, tin dan kaca. Untuk minyak terpakai aku masukkan balik dalam botol minyak lama yang dah habis guna.

So bila makin lama makin bertimbun. Aku ada je suruh laki buang atau minta helper pergi buang or bagi ke orang2 yang suka datang cari sampah yang boleh dijual balik. Laki aku nak simpan pulak. Sekali tu dia pinjam 4 wheels drive kawan dia angkut semua pergi jual kat pusat kitar semula di Putrajaya. Yang tak laku cuma kaca. Tataula kenapa kaca diorang tanak kitar semula. Boleh tahan juga dapat duit. Semuanya timbang kilo.

Maka duit hasil jualan ni laki bagi aku...hehe..apa aku beli?

Ni nilai jual spare part kereta yang dah rosak.

So lepas ni kalau korang rajin buatlah macam kami. Tapi semua orang dalam rumah kalau boleh buatlah sama2. Memangla tak banyak. Tapi aluminium dan minyak terpakai tu paling berbaloi ok. Dari korang buang minyak terpakai dalam sinki pastu tersumbat sinki dan longkang baik simpan balik dan jual. Jagalah alam kita ya.

Lepas ni laki cakap jual kat dalam UKM tu je. Ada je pusat kitar semula belakang DECTAR. Kat Panggung Seni nun.

2 ulasan:

  1. minyak goreng terpakai boleh jual tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh.ko tapis la dulu buang dia punya kerak2. RM1.20 sekilogram tu..

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.