Aku ni kan tak pernah makan kat mana2 kedai yang jual shell out tu bagai. So kalau sape2 up citer pasal ni pun aku buat dekkkk je. Cam tak de hati sangat pun nak pergi makan.
Tapi hari ni tiba2 adik ipar terlebih rajin nak masak. Berialah dia membeli bahan dengan laki aku. Aku memang tak buat apa. Jadi tukang makan je.
Udang RM55 1kg, Sotong RM38 1.6kg, Lala dan kepah RM16. Ketam pulak free je mak mertua yang bagi. RM40 gak untuk sekilo ketam. Sayuran adik ipar beli tatau berapa..katanya ikut pengalaman ada orang belanja satu hidangan dah RM200 dan ada je benda yang tak cukup. So bila buat kat rumah lebih puas hati boleh makan banyak dan tahu tahap kebersihannya. Katanya lagi dia makan kat kedai dulu kuahnya rasa berpasir terus dia turn off. Aku makan sedap je dia masak. Hehe..sebab aku tak pernah makan kat luar so aku no komen untuk yang dijual kat kedai2 makan tu.
Aku pun memang meratah lauk je langsung tak makan nasi. Tu pun apa adik ipar masak berlebih. Masuk 2 tapwe esok jelah sambung makan. Buncit dah...
Isnin, 30 April 2018
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
buat sendiri kat umah lagi puas hati makan kan...puas dpt mkn
BalasPadamYe makan puas2..tak yah nak menjaga sangat hehe..
Padamdua kali saya makan di shell out bangi, dua kali gak serve yang sejuk, lepas tu dah tak pergi dah. memang boleh makan di rumah je. lagi syiok layan.hehehe....
BalasPadamMakan seafood sejuk2 mana sedap kan..
Padam