KWC kalau korang yang masih belum sampai..pergilah dari pagi. So bolehla pusing semua tingkat sampai patah kaki. Kedai harga borong tapi boleh je beli barang satu2. Tapi kalau beli borong lagilah jatuh harganya. Contoh ada blouse sehelai RM39. Kalau beli 7 helai dijual satu RM20 je. Macam nak beli baju2 pengapit pengantin bolehla...
Aku ke sini sebab adik ipar yang nak ke sini. Aku ikut jer sambil anak2 ikutla juga. Testing budak Aqeel ni camner dia ok ke tak..
Selepas beli Toddible jauh nun kat Semenyih kami pun ke KWC la. Fetch adik ipar kat rumah sebab dia tak follow tadi. Haa tak masuk rumah pergi solat kat Masjid Ehsan, Bandar Kinrara. Selalu datang sini nak makan masakan Terengganu je kan. Kali ni baru nak solat. Rasanya aku baru solat 3x je kat masjid ni.
Sampai KWC dah jam berapa...lapar makanla benda2 handy. Aqeel pulak mood baik, so laki tolak elok je dalam stroller. Ah ye kami kalau keluar stroller bawak, baby carrier pun bawak. Senang ikut mana mood budak tu. Kadang nak baring kadang nak tengok2 sambil berdiri dokong..macam2 kan. Ko nak selesa bershopping pastikan anak tu selesa juga.
Bila laki dah bawak Aqeel dalam baby carrier, aku kena tolak stroller la. |
Ke sini takde tujuan. Betul. Bawak duit cash ye sebab sini tak boleh pakai debit card ke credit card ke. So aku bawak RM250. Eh takde tujuan tapi ada cash. Apakah.? Ala...aku nak tengok2 jer..kot jumpa barang murah beli. Itulaj pasal jangan datang sini tanpa tujuan end up kau akan beli benda tak perlu.
So kedai yang pertama aku nak beli ialah kerepek. Sebab lapar nak kudap2. Jalan2 lagi takde tujuan kan..
Kedai kedua aku nampak baju budak2 yang murah2. Kat sini boleh jumpa baku branded yang reject. Ada minor defect. Yang defect tu kadang2 tak nampak pun. Apa kisah janji murah dan kain berkualiti. Bab kain baju ni aku tak peduli sangat brand ke harga asal kain sedap sesuai dengan cuaca Malaysia ni. Takkan ko nak pakai kain tweeds kot. Ada baju2 yang kain tebal semacam atau kalau pakai panas- dah banyak kali kena kan, so takyah nak repeat beli. Jangan jadi bodoh dengan kecantikan luaran. Bila pakai panas haru gak.
Ada gak berkenan tudung2 shawl..bawal. tapi rasanya lagi murah beli kat Plaza one city. Haha..cuma yelah nak murah kena beli 10 helai at least. Duhhh yang ni selalu buat share beli dengan adik ipar je.
So beli baju anak2 la akhirnya. Dah ada anak dahulukan diorang tu normal la kot. Aku sejak terpengaruh dengan trend refashion ni aku jadi malas nak beli baju baru. Recycle sudah. Nak beli tu jadi macam kedek sikit. Ada je beli kain tapi belum buat2. Asyik duk kelek baby sambil harap dia cepat besar memahami aku suka menjahit. Hahahaha...
Dah settle baju anak2 last2 nak juga beli satu untuk aku. Habis RM120 je untuk semua pakaian. Eh seronok pulak rasanya.
Lepas habis shopping kami ke MyTown pulak. 😅😅😅.
Info:-
- Parking weekend dalam RM3 untuk 3 jam pertama lepas tu naik RM1 setiap jam.
- Lebih baik parking di tingkat basement. Sebab kecuraman jalan ke parking tingkat atas tu buat hati tak tenang bawak kereta.
- Lebih baik datang pagi..jam 8 malam semua dah tutup ya. Kalau weekdays jam 7 dah tutup.
- Cover sampai tingkat 6 je..sebab lebih kurang je barang2 dia. Tingkat 6 dan 7 tu dah lebih kepada beg2 dan aksesori.
- Serius aku tak suka solat kat sini. Surau kat tingkat 8 ya. Tandas dia pun aku tak suka..tak pernah guna. Ada surau luar bangunan tapi aku prefer Masjid Al-Bukhary kat jalan Hang Tuah..memang kena drive keluar terusla..
- Lift lembab jadi baik guna escalator.
- CASH sahaja.
KWC website.
aku lagi lama kot tak pegi kwc ni, mau dekat 5 tahun rasanya :D
BalasPadamSyok pulak pergi. Tahun ni nak pergi lagilah..hahaha
Padam