Ahad, 6 Oktober 2019

Salah Kita Suka Main Handphone

Aku start pakai handphone umur dah 23 tahun. Anak aku setahun dah tahu nak scroll guna jari jer... Laki aku sendiri dah guna iMac sejak umur belasan tahun jadi tak heran dia ajar anak2 guna gadget. Even aku pun lambat guna remote TV yang pelik2 ni..Kan laki dah terminate Astro jadi kenala cari alternatif lain nak tengok movie. Tapi Aqlan macam takde hal cepat je tahu siap ajar aku pulak. Hahaha.

Keseronokan main handphone ni bila HP makin canggih. Semua benda boleh buat kat situ.

Dulu nak main game, kena ada game boy ke..console PSP ke or on computer ke..

Nak ambik gambar kena ada kamera. Nak tengok gambar dah siap kena print dulu. So banyaklah juga gambar senget2 dah print kena hadap jelah rupa bergaya tak jadi tu. Paling geram kepala takde. Hahaha.

So HP memang makin canggih tapi kualiti gaya hidup kita macam mana pulak.

La ni nak tahu pasal kawan pun thru whatsapp je atau telegram. Kadang tu tak tanya pun just tengok story diorang share dah tahu semua hal..So da takmo tanya kabar lagi sebab semua dah tahu. Bezanya sekeping gambar yang di share tu akan mengundang fitnah atau tak.

Ok memang susah nak berpisah dengan HP. Anak2 memang takde HP. Pinjam kami punya je kadang2 kasi main kejap..ada iPad pun masih suka HP lagi. So bila tak bagi tu depa kenalah main mainan ke or tengok TV. Or baca buku..eh eh belek je kot. Aqlan sejak dah tahu baca la ni dia agak kurang membaca. Masa mula2 bersemangat macam2 buku dibelikan. Now Aqeel pulak yang suka olok2 baca.

Ada baiknya buat benda2 kreatif dengan anak2 walau jangka hayat benda tu tak lama. Kadang sehari dah hancur. Haha. Budak2 ni cepat bosan. Selalu nak teroka benda baru. Baby suka repeat. Tapi one day kena new toy. Repeat balik lepas seminggu ke...

Yang pasti tahun depan rutin hidup kami akan berubah..sebab Aqlan dah nak masuk sekolah.

Layanla budak2 kat park di Putrajaya.

Eh pokok 




 




Kerengga dan nyamuk gigit Aqeel 




Tak suka jalan atas rumput



Aqlan tak pakai kasut sebab ada blister

Muka kena gigit nyamuk

Ibu I can see the moon

touch the Moon

Sunset di Putrajaya

4 ulasan:

  1. susah nak berenggang dengan ada handphone macam-macam kerja boleh buat

    BalasPadam
  2. HP sekarang keperluan..takde ke..tertinggal ke..misplaced ke boleh jadi kemurungan kan..suka gambar2 ni semua...cantik...

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.