Ahad, 27 Oktober 2019

,

Raikan Tetamu Dari Kalangan Ahli Keluarga Sendiri Lebih Afdhal

Saya tak banyak kawan. Tapi saya ok. Saya jenis sorang2 pun boleh lagi..tapi takde anak2  dan suami tak boleh berapa nak tenang. Dah biasa dengan kehadiran diorang. Begitu juga tanpa ahli keluarga iaitu mak, adik beradik, anak2 buah dan cucu2 saudara saya pun akan kenangkan diorang. Mujurlah ada komunikasi hari2 melalui mesej di HP.

Tetamu2 yang datang rumah memang kebanyakannya adalah family sendiri. Mereka datang makan, tumpang solat, tidur dan layan saya borak2. Maklumla saya hanya borak dengan suami dan anak2 dirumah. Saya sangat kurang bersosial. Jumpa kawan rapat pun sekali sekala. Masing2 ada kehidupan sendiri..kita kena  faham. Macam saya cakap...saya tak kisah sangat.

Aku No 10, kak Ma No 7 dan kak Ted No 9. Hujung sekali tu Suria anak kedua Kak Ted.

Asyik nak bercakap je yang tudung hijau tu

Lebarnya muka kita..takpelah bagi peluang kakak2 rasa diri mereka kurus. Aku gemok sejak beranak ok. Kira 35 tahun aku kurus. Hahaha.

Ada yang kebek handbag

Ni pulak ema anak dara sulung Kak Ted. Beliau berjaya kuruskan badan dengan minum teh tanpa gula. Adik dia sebelah tu makan semua bantai je tapi kurus jugekkk.

Rumah akan riuh rendah bila diorang datang. Seronok. Masing2 berebut2 nak bercerita. Nak potong line je kerjanya. Ada cerita habis. Ada cerita tak. Bersambung. Haha.

Kerana ada yang minta dibuatkan kek buah, aku masak kali ke-4 untuk tahun ni. Seorang kakak bertanya kau tak kira ke berapa kos untuk buat sebiji  kek ni...Aku belum pernah kira..kek ni renyah dan  banyak guna tenaga. Kau mampu nak jaga 4 jam tak? Semua pun rasa malas kan.

Kak Ma bawak, Aqeel suka sangat makan.

Kak Ted bawak

Abang Lan belanja

Mak tinggal dengan kami 2 minggu je. Lepas tu ikut kak Ma balik Koyan.

Dengan ahli keluarga kita digalakkan cakap lemah lembut dan beradab lebih dari orang luar. Ada satu ingatan tu saya suka kongsikan di sini..

Kita bercakap kasar dengan ahli keluarga kerana kita rasa yang mereka ni milik kita jadi kalau ada yang rasa kecil hati ke..in the end keluarga..air dicincang takkan putus, maka mereka tetap akan kembali kepada kita. (Salah tu. Don't take them for granted.)

Kita bercakap lemah lembut dengan orang luar kerana kita nak jaga akhlak kita,  kononnya kita mahu dilihat baik dan bersopan santun seolah2 macam tulah kita melayan ahli keluarga kita. (Memang elok bersopan santun walau dengan sesiapa pun..janganlah bermuka2)

Kita pentingkan persepsi orang. Kita lupakan jati diri sendiri. Jangan lupa kita tak memiliki apa2 pun sebenarnya. Hanya PINJAMAN.

Aku sendiri tak sempurna..Aku sendiri ada bercakap kasar dan bermulut laser kekdahnya. Tapi bila sampai satu tahap umur aku sedar aku kena lebih banyak bersabar. Sabar dan sabar. Gopoh menjadikan kita tak berfikir dengan baik dan menjadikan mulut jadi lancang sebab tak berfikir sebelum bercakap. Berapa banyak hati dan perasaan agaknya telah aku lukai. Aku jenis berterus terang. Sebab bagi aku kalau memendam perasaan, kesannya akan  lebih teruk untuk jangka panjang. Aku ambil teladan orang yang jenis berterus terang. Mulanya memang menyakitkan hati tapi lebih mudah difahami dan memaafi.

Semoga bermanfaat.

6 ulasan:

  1. ahli keluarga is everything.. betul tu semuanya untuk keluarga lebih n sangat afdal didahulukan. kalo ada ahli keluarga yang sesak duit lebih afdal kita kasi kat diorang daripada sedekah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...kena didik anak2 mesti pentingkan keluarga..

      Padam
  2. Seronok dan bahagia bila family datang ke rumah kan. Meriah tu sudah semestinya :)

    BalasPadam
  3. Seronokkan bila dapat berkumpul dengan family?
    Bila diaorang balik mula terasa sunyi

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.