Selasa, 17 November 2015

Ahad, 15 November 2015

Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 3

1 Muharam dah sambut...15 November pun nak sambut. Haruslah. Alangkah gembiranya menggunakan kedua-dua kalendar. Hijrah dan Masihi.

Bila belek balik blog tahun 2012, tahun kami menikah..aku tak cerita pun..hahaha. Begitulah sibuknya membuat persiapan pernikahan dan resepsi sendiri tanpa bantuan ahli keluarga. Bantuan kewangan dari mak ada. Bantuan tolong rebuskan telur asin bunga pahar ada. Hehe. Yang lain2 semua plan sendiri. Phew. Rasa dewasa sangatla..

Maybe dah tiba masanya mendedahkan jumlah wang dihabiskan. Bukan untuk menunjuk riak tapi nak menunjukkan bagaimana nak berjimat dan menyimpan wang untuk berkahwin jika tak ada sponsor ibu bapa ya. Kahwin umur 36 memang la lain, tak sama umur 23 tu, confirm tak mampu dari segi kewangan dan kematangan pun kurang.

Hehehe..aku umur 20s memang takde hati nak kahwin. Umur dah masuk 30 baru bersedia. Dah bersedia takde yang sesuai pulak. Maklum nak pilih pasangan hidup lebih detail dari memilih ikan di pasar.

I love you Adzman Shah..muah muah..

Dengan ahli keluarga abang choi. Haaa cukup kau 10 orang anak.

Okay ni blog aku korang yang baca takyah nak buat mimik nak muntah. Yang ada laki tahulah camna kalau dah kahwin tu sebaya umur time aku. Kekekeke.

Alhamdulillah dah ada anak seorang. Dapat tepis soalan bila nak dapat anak...kau tanya nombor 2 ko siap...ko ingat tak sakit kena czer.? Ni bukan emosi. Ni realiti. Sampai sekarang bila diingat tempoh mengandung dan berpantang aku memang seriau jekk. Berapa kali mc berapa kali jumpa doktor sakit puan.

Aqlan Shah nape muka cam Gu Jun Pyo lakonan Lee Min Ho ni..rambut kerinting aktor tu dalam drama Boys Over Flower.


Ahahaha..tulah perbandingan cuba dibuat. Hakikat sebenarnya kita suka kalau anak lelaki kita rambut kerinting.

Selasa, 10 November 2015

28 Muharam 1437H - Restoran Putera Ayu, Padang Jawa

Kami ke Padang Jawa nak makan kat kedai Nurin's tapi tutup pulak. Cuti Deepavali kot. Jadi kami pun ke Restoran Putera Ayu. Nama macam pelik. Apasal Putera Ayu? Aku anggap nama laki bini jelah kot.

First time ke sini kami tak mahu bagi apa2 komen pasal makanan. Tak tahu sedap ke tak jadi kami pilih makanan selamat.

Lepas order kami pi solat siap2. Ada surau dan sangat bersih. TV pun dipasang dengan rancangan keagamaan je. Tapi zikir2 ni amat menenangkan jiwa.

Balik solat semua makanan tiba. Wah.. excellent sangat service.

Kami order..


  1. Air tembikai laici, longan dan tembikai.
  2. Nasi 4 pinggan. Anak kita makan banyak. Mak pak pun nak menambah.
  3. Sotong sambal.
  4. Udang butter.
  5. Telur bungkus.
  6. Tomyam ayam.
  7. Sup ayam.
  8. Sayur asparagus belacan.
Kami pun hirup air dulu. Kemudian sup. Sangat sedap. Tomyam sangat sedap. Udang pun. Sotong tak overcooked. Lembut sangat. Rasa manis2 lagi jadi mesti fresh. Semua sedapla. Cuma bab air dia biasa2 je. Tu sebab bertambah nasi.











Kedai ni juga cozy je rasanya. Kami pasti datang lagi sebab sedap sangat. Total burst RM119.

Oh ya saiz makanan ada 2 dan ada juga 3. Harga dia camni. Kalau small katakan RM12. Large mesti RM24. Memang half. Potion small just nice untuk kami. Tapi adik ipar cam tak cukup hirup tomyam. Sedap sangat katanya.

Isnin, 9 November 2015

27 Muharam 1437H - Ampang Park Shopping Centre Dah 42 Tahun Rupanya!

Kami ke Ampang Park bukanlah dalam plan hari ni. Ia ada rentetan kisah..

Dalam plan hari ni kami kena jemput adik kat KLIA2. Flight nya dari Langkawi jam 5.45pm camtu. Kami juga plan nak jumpa doktor pakar kanak2 sebab Aqlan selsema dah 3 hari. Nak pergi RHB bank nak tukar kad dah expired dan ke Maybank buka akaun dan maybe ke Ambank nak tutup akaun.

Kami ke Klinik Florence. Masa sampai dah jam 1.30pm jadi klinik dah tutup. Klinik tu buka jam 9am-1pm dan buka semula jam 6-9pm. Tutup Ahad.

Kami pun patah balik ke kereta. Dan....bateri kereta mati. Ahahaha. Memang dah Allah nak permudahkan dekat je bengkel kereta dari tempat kami park. Minta tolong cek bateri dulu sebab husband cakap masih dalam waranti jadi kena pergi ke bengkel di Bandar Baru Ampang. Cina tu jump start kan je bateri terus hidup. Husband saja tanya berapa...kot kot free..sekali RM10 dia caj. Terus dia keluarkan duit dan pangkah kedai tu. Berkira sangat ni..

Maka kami ke Ampang. Aku terus ke RHB. Husband je bengkel dengan anak sebab budak tu dah tidur nyenyak. Oii sejak ada car seat mudahnya hidup kami....

Dapat kad kali ni takde print nama. Kalau nak print nama cuma ada di KLCC dan MidValley. Tunggu July 2020 la. Agak lama tunggu, husband masuk bank dengan anak yang peramah tu, semua nak ditegurnya.

Kemudian kami ke rumah jiran lama nak ambil catalog Cosway. Jumpa Auntie Mui ni. Selama ni memang aku gunakan alamat rumah dia. Senang. Sekali aku ternampak Uncle dengan spek hitam. Rupanya dia baru buat pembedahan mata. Cost him about RM7k. Wow. Kemudian auntie tanya bila 2nd child. Oh kamon auntie suruh Ping dulu. And then dia buka rahsia Ping danlh pregnant 5 bulan. Hak hak. Siap suruh aku challenge bagai. Hamboiiii...Aqlan baru 20 bulan.

Habis bercerita kami pun terus nak makan laksa sedap kat Ampang Park. Sementara shopping mall tu masih ada baik kami pergi. Dan kedai tu pun tak tahu mana lagi dia ada atau itu satu2nya.

Oh yeah aku ada banyak kenangan disini.







Ini adalah di mana aku menukar pengangkutan awam. Dari tren ke bas untuk bekerja di Ampang Point.

Ini adalah tempat aku ke sebuah kedai hobi jahit menjahit bernama Haby World yang aku banyak singgah dan beli semasa menjadi volunteer di Petrosains.

Ini adalah tempat aku membeli baju nikah. Which is menambah perasaan emosi tu.

Ada sebuah kedai laksa yang sedap gila sampai laki aku yang tak berapa gemar makan laksa dia makan dengan penuh passion. Ya aku bangga dapat kenalkan Kedai Snek D-Lite kepada dia.

Ya masa kecil ke sini dan kemudian ke Plaza Yow Chuan untuk masuk Toys R Us. Hurmmmmm.

Kami balik cepat sebab nak elak jammed.

Dan ke KLIA2 jam 6.30 petang. Flightnya delay. Jadi kami park dan solat Maghrib.


Terus ke Saba Cyberjaya dan menikmati lamb hanith kegemaran aku dan teh tarik super kaw kaw yang tak digemari dua beradik tu. Hahaha.

End of story.

Selasa, 3 November 2015

21 Muharam 1437H - Suka Sangat Makan Sukiya Di Alamanda

Kami memang penggemar makanan di Sukiya. First makan di 1 Mont Kiara. Berkali-kali juga makan di sana. Tapi sejak pindah Puchong, Putrajaya agak dekat sikitlah berbanding semasa tinggal di Ampang.

Sukiya Alamanda tak ramai orang. Especially hari2 biasa. Jadi kalau tiba2 ada panggilan pulau tu terus shoot je ke sana. Kami suka meja nombor 6 sebab sejuk. Tapi kali ni iaitu kali ke 2 kami ke sana dapat meja lain.

Kali ni makan sayuran dan makanan rebus lain ambil sekali je. Slice of lamb, beef and chicken kami ambil total 13. Aiskrim makan 3 kali. Best..dah makan dalam mangkuk aiskrim last sebelum balik pulun dalam kon wafer pulak. Hahahahaha.







Ni untuk Aqlan tapi dia tak suka green tea. Dia nak coklat saja.

Memang aku bias sikit. Sebab yang buat ni student UKM. Sebelah Mahsa aku tanak ambik gambar. Hahaha.


Sabtu, 31 Oktober 2015

Hantar Mereka Balik Naik ETS Ipoh-Butterworth

Masa dalam perjalanan balik ke Ipoh, Mama call tanya nak makan apa depa ni semua.

Laksa? Nasi Lemak? Murtabak? Semua mama belikan kat pasar malam sebab mama dah tak larat nak masak banyak2. Maklum yang datang ni ada 2 remaja yang kuat makan.

Jadi kami sambung borak sampai kak ma tertidur sebab dah keletihan. Kami masuk jalan lama sebelum masuk lebuhraya sebab jalan dah start jammed dan nak kejar masa.

Kami sampai rumah mama jam 7 malam. Sebelum sampai aku dan kak ted tunjukla satu kedai Mat Periuk ni dekat je boleh jalan kaki. Order..balik rumah jap..10 minit le 15 minit datang balik la amik bungkus. Hahaha.

Sampai rumah semua berebut nak guna bilik air. Si ema la paling tak tahan. Yang lain angkat barang2. Kak ma siap angkat semua barang dia. Hamboi.

Yang menunggu si suria dan awee melantak dulu. Kemudian mak dan ema. Kemudian abru kak ted dan kak ma. Makan2 nasi lemak takde sebab uncle terbawa ke masjid.

Sempat uncle balik tengok diorang bawak nasi lemak. Ada lagi makanan tambahan dari masjid. Ada majlis ilmu sambil makan2. Makanan lebih dibawa balik.




Kemudian kami pun nak naik van.

Kak ma pun kata " eh bukan ke nak jalan kaki je? . Kata ETS tu depan rumah je? "

Hape kak ma? Kedai Makan yang dekat bukan ETS.

Rupanya kak ma mamai masa dengar last perbualan kami pasal jalan kaki. Jadi itu sebab diangkut semua barang dia. Kami pun bantai gelak.

Sampai ke sudah kak ma dibahankan. Sampai ke stesen keretapi Ipoh yang jauhnya 15km dari rumah. Kami usik kak ma kalau kak ma jalan kaki esok baru sampaila. ETS pun dah takde yang jalan agaknya. Hahaha.

Tapi disebabkan jammed yang teruk malam tu kami sampai stesen jam 8.45 malam. Orang beratur panjang kami nampak. Kak ma siap mention kita turun kat sinilah jalan kaki - masa tu dah depan jalan besar ke stesen tapi tak boleh masuk sebab jalan double line dan jammed gile, kalau nak masuk terus juga sangat bahaya. Jadi Adzman pusing jauh ikut jalan belakang mama ajar. Hahaha..adoii macam2.




Sebenarnya awee duduk seorang. Tiket mak beli last sekali sebab tiba2 je mak cakap nak duduk penang masa kami ambil dia dari kota hari Khamis. Nasib ada lagi tiket kosong yang dibeli pada hari Jumaat. Semua beli online je sebab kaunter tutup untuk renovation. Rugilah sikit tak dapat 50% less untuk warga emas.

Lepas hantar depa semua kami pergi Mydin cari susu Aqlan sebab yang ada ni dah nak habis. Susu ke 25.

18 Muharam 1437H - Kenduri Bersambung Di Sri Manjung

Seminggu selepas meraikan hari pernikahan anak buah di Dong kami ke Sri Manjung pula.

Menjimatkan masa perjalanan kami ke Penang atas sebab urusan kerja suami, menghantar mak yang nak duduk di rumah kak Ted sampai gaji dan sekali lagi kami pinjam van kawan suami. Ah ye kereta MyVi tak muat nak sumbat ramai2 ya. The more the merrier. Kak Ma dari Terengganu pun sanggup turun sementelahan bapa mertua anak buah tu kenalan sekampung. Jadi kawan2 sekolah dia ramai yang datang juga. Jadi reunion la.



Pagi kami bertolak dari rumah kak ted jam 10.22 pagi. Sumbat dalam van tu...aku, adzman, aqlan, mak, kak ma, kak ted, suria, Awee dan ema. Nasibla badan masing2 tak semua kusss semangat.

Suami kak ted tak dapat ikut. Kerja shift camtulah. Kak ted tinggalkan kereta kat stesen keretapi Butterworth sebab balik nanti diorang semua nak naik ETS. Kami bertiga balik tidur dirumah mama kat Ipoh.

Perjalanan kami dipenuhi dengan suara kak ma dan kak ted. Diorang ni duduk dekat2 pun borak macam kat sebelah2 rumah. Gelak sakan aje.

Dah sampai elok jam 1pm camtu. Senang je..dulu aku pergi sini juga masa Masni kawin 2012. Parking pun dah jauh sikit. Jalan kaki la ramai2. Masuk duduk meja VIP. Maklumlah ahli keluarga nak meramaikan sebelah abang Choy.




Istimewanya hari tu ada lauk ikan patin. Import khas dari Temerloh. Banyak sangat makanan. Aku tengok mak makan bertambah 3x. Dah terkena patin ke apa mak aku ni. Hehe. Ada masak nangka..ayam masak merah..semua diorang rewang. Bagus betul.






Bapa mertua anak buah ni bekas navy jadi ramai jemputan.  Tak putus2. Ada makanan dah habis cepat. Aku sempat rasa apam balik dan karipap. Kuih muih lain..macam2 jenis air ada. Manisan. Meriah sangat la. Sebab anak sulung. Elokla dua dua anak sulung.

Abang sulung aku. Hari ni juga ialah ulang tahun kelahiran arwah bapak yang ke 81. Tongkat tu milik bapak aku dulu. Kini abang aku pulak yang pakai. Abang aku pun dah 55 tahun.

Kami dah habis makan layan aqlan kat rumah sebelah. Ada anjung. Siap tuan rumah ajak siap masuk. Bagusnya kejiranan kat sini.

Tak lama tu kami p rumah homestay abang choy tumpang solat zuhur jamak asar terus. Layan tv dan borak2.


Homestay ni ada 3 bilik. RM250 semalam.

Jam 3 lebih kami gerak balik ke Ipoh singgah ke AEON Sri Manjung jap. Dah sesat2 bagai masa cari jalan balik. Besar sangat. Jam 5 lebih terus balik sebab tren diorang jam 8.56pm.

Jumaat, 30 Oktober 2015

17 Muharam 1437H -The Light Hotel, Penang - Thanks For Your Kindness

Tak tahu dah kali ke berapa aku ke Penang tahun ni. Selagi projek Husband tak habis selagi tulah dia kena p sana tengok perkembangan ke meeting ke. Yang pasti aku takyah apply cuti. Anytime je.

Kali ni husband cakap kita duduk The Light. Do you know The Light tu Pelita punya. Mesti ramai orang tak tahu kan...kata husband. Aku hurm...hurm..aje. tapi dalam hati cakap dasyat buka restoran mamak pastu run hotel pulak.


Kami check in malam. Agak lewat dari biasa. Sebab lepas habis kerja aku dijemput dari rumah kak Ted. Kemudian pergi makan kat Sunway Carnival Mall. Jadi bilik standard yang ditempah dah habis. Kami diberi upgrade ke bilik Deluxe. Hohohoho. Bayar RM270 je untuk Standard room..dapat bilik lebih baik.

Kemudian kami pun bergerakla ke lift naik tingkat 11. Bilik kami nombor 1117. Staff yang tolak barang2 kami tak ikut sekali dia akan naik lif lain. Which is good hospitality. Bila dah sampai bilik dan angkat barang2 semua husband bagi tip seperti dia biasa buat. Terpinga2 juga staff tu dapat tip. Oka aku bukan nak cerita laki aku baik sangat bagi tip tapi orang tu dah susah payah tolong angkat barang dari kenderaan apa salahnya bagi duit walau seringgit. Tapi takdelah bagi seringgit. Kot kemutnya..

Mari cek...








First time duduk bilik ada suhu yang boleh ditetapkan

Free






Siap ada meja pejabat 



Ni beg laundry

Selepas masuk dan duduk2 kami menikmati pemandangan Perai diwaktu malam. Memang terbaiklah.



Siap dah beli sebab tetap tak suka pakai hotel punya

Kami breakfast agak lama. Nak dekat 2 jam. Hahaha. Pulun minum air teh tarik 3 cawan sebab sedap sangat.


Warna teh ni diaebabkan pencahayaan. Warna asalnya memang kawwww

Lepas sarapan kami bawak Aqlan pi tingkat M ada kids room kat situ. Wah first time masuk kids room kat hotel. Tak pernah dengar pulak sebelum ni ada kemudahan macam ni kat hotel2 lain.








Then tinggal kami dua orang je sebab papa aqlan naik bilik dan nak buat kerja.

Apa yang ralat kami tak pergi pool pun. Tak dan. Jam 12 kami check out nak pergi rumah kak Ted tidur sana pulak. Dan husband teruskan dengan meeting kat ofis client pulak.

Good bye. Till we meet again.