Sabtu, 31 Oktober 2015

18 Muharam 1437H - Kenduri Bersambung Di Sri Manjung

Seminggu selepas meraikan hari pernikahan anak buah di Dong kami ke Sri Manjung pula.

Menjimatkan masa perjalanan kami ke Penang atas sebab urusan kerja suami, menghantar mak yang nak duduk di rumah kak Ted sampai gaji dan sekali lagi kami pinjam van kawan suami. Ah ye kereta MyVi tak muat nak sumbat ramai2 ya. The more the merrier. Kak Ma dari Terengganu pun sanggup turun sementelahan bapa mertua anak buah tu kenalan sekampung. Jadi kawan2 sekolah dia ramai yang datang juga. Jadi reunion la.



Pagi kami bertolak dari rumah kak ted jam 10.22 pagi. Sumbat dalam van tu...aku, adzman, aqlan, mak, kak ma, kak ted, suria, Awee dan ema. Nasibla badan masing2 tak semua kusss semangat.

Suami kak ted tak dapat ikut. Kerja shift camtulah. Kak ted tinggalkan kereta kat stesen keretapi Butterworth sebab balik nanti diorang semua nak naik ETS. Kami bertiga balik tidur dirumah mama kat Ipoh.

Perjalanan kami dipenuhi dengan suara kak ma dan kak ted. Diorang ni duduk dekat2 pun borak macam kat sebelah2 rumah. Gelak sakan aje.

Dah sampai elok jam 1pm camtu. Senang je..dulu aku pergi sini juga masa Masni kawin 2012. Parking pun dah jauh sikit. Jalan kaki la ramai2. Masuk duduk meja VIP. Maklumlah ahli keluarga nak meramaikan sebelah abang Choy.




Istimewanya hari tu ada lauk ikan patin. Import khas dari Temerloh. Banyak sangat makanan. Aku tengok mak makan bertambah 3x. Dah terkena patin ke apa mak aku ni. Hehe. Ada masak nangka..ayam masak merah..semua diorang rewang. Bagus betul.






Bapa mertua anak buah ni bekas navy jadi ramai jemputan.  Tak putus2. Ada makanan dah habis cepat. Aku sempat rasa apam balik dan karipap. Kuih muih lain..macam2 jenis air ada. Manisan. Meriah sangat la. Sebab anak sulung. Elokla dua dua anak sulung.

Abang sulung aku. Hari ni juga ialah ulang tahun kelahiran arwah bapak yang ke 81. Tongkat tu milik bapak aku dulu. Kini abang aku pulak yang pakai. Abang aku pun dah 55 tahun.

Kami dah habis makan layan aqlan kat rumah sebelah. Ada anjung. Siap tuan rumah ajak siap masuk. Bagusnya kejiranan kat sini.

Tak lama tu kami p rumah homestay abang choy tumpang solat zuhur jamak asar terus. Layan tv dan borak2.


Homestay ni ada 3 bilik. RM250 semalam.

Jam 3 lebih kami gerak balik ke Ipoh singgah ke AEON Sri Manjung jap. Dah sesat2 bagai masa cari jalan balik. Besar sangat. Jam 5 lebih terus balik sebab tren diorang jam 8.56pm.

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.