Selasa, 10 November 2015

28 Muharam 1437H - Restoran Putera Ayu, Padang Jawa

Kami ke Padang Jawa nak makan kat kedai Nurin's tapi tutup pulak. Cuti Deepavali kot. Jadi kami pun ke Restoran Putera Ayu. Nama macam pelik. Apasal Putera Ayu? Aku anggap nama laki bini jelah kot.

First time ke sini kami tak mahu bagi apa2 komen pasal makanan. Tak tahu sedap ke tak jadi kami pilih makanan selamat.

Lepas order kami pi solat siap2. Ada surau dan sangat bersih. TV pun dipasang dengan rancangan keagamaan je. Tapi zikir2 ni amat menenangkan jiwa.

Balik solat semua makanan tiba. Wah.. excellent sangat service.

Kami order..


  1. Air tembikai laici, longan dan tembikai.
  2. Nasi 4 pinggan. Anak kita makan banyak. Mak pak pun nak menambah.
  3. Sotong sambal.
  4. Udang butter.
  5. Telur bungkus.
  6. Tomyam ayam.
  7. Sup ayam.
  8. Sayur asparagus belacan.
Kami pun hirup air dulu. Kemudian sup. Sangat sedap. Tomyam sangat sedap. Udang pun. Sotong tak overcooked. Lembut sangat. Rasa manis2 lagi jadi mesti fresh. Semua sedapla. Cuma bab air dia biasa2 je. Tu sebab bertambah nasi.











Kedai ni juga cozy je rasanya. Kami pasti datang lagi sebab sedap sangat. Total burst RM119.

Oh ya saiz makanan ada 2 dan ada juga 3. Harga dia camni. Kalau small katakan RM12. Large mesti RM24. Memang half. Potion small just nice untuk kami. Tapi adik ipar cam tak cukup hirup tomyam. Sedap sangat katanya.

6 ulasan:

  1. Wahhh..berbaloi kalau tomyam sedap tu anies...susah nak cari kedai yang tomyamnya betul2 kaw...harga pun oklah kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap sangat. Tapi kita tak kuat pedas. Dua beradik tu menghirup tomyam macam minum air.

      Padam
  2. Balasan
    1. Gambar takde edit tau. Memangla tulah warnanya di waktu malam.

      Padam
  3. service yg tiptop dgn rasa tomyam yg sedap mak kann., ;p

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.