Dalam plan hari ni kami kena jemput adik kat KLIA2. Flight nya dari Langkawi jam 5.45pm camtu. Kami juga plan nak jumpa doktor pakar kanak2 sebab Aqlan selsema dah 3 hari. Nak pergi RHB bank nak tukar kad dah expired dan ke Maybank buka akaun dan maybe ke Ambank nak tutup akaun.
Kami ke Klinik Florence. Masa sampai dah jam 1.30pm jadi klinik dah tutup. Klinik tu buka jam 9am-1pm dan buka semula jam 6-9pm. Tutup Ahad.
Kami pun patah balik ke kereta. Dan....bateri kereta mati. Ahahaha. Memang dah Allah nak permudahkan dekat je bengkel kereta dari tempat kami park. Minta tolong cek bateri dulu sebab husband cakap masih dalam waranti jadi kena pergi ke bengkel di Bandar Baru Ampang. Cina tu jump start kan je bateri terus hidup. Husband saja tanya berapa...kot kot free..sekali RM10 dia caj. Terus dia keluarkan duit dan pangkah kedai tu. Berkira sangat ni..
Maka kami ke Ampang. Aku terus ke RHB. Husband je bengkel dengan anak sebab budak tu dah tidur nyenyak. Oii sejak ada car seat mudahnya hidup kami....
Dapat kad kali ni takde print nama. Kalau nak print nama cuma ada di KLCC dan MidValley. Tunggu July 2020 la. Agak lama tunggu, husband masuk bank dengan anak yang peramah tu, semua nak ditegurnya.
Kemudian kami ke rumah jiran lama nak ambil catalog Cosway. Jumpa Auntie Mui ni. Selama ni memang aku gunakan alamat rumah dia. Senang. Sekali aku ternampak Uncle dengan spek hitam. Rupanya dia baru buat pembedahan mata. Cost him about RM7k. Wow. Kemudian auntie tanya bila 2nd child. Oh kamon auntie suruh Ping dulu. And then dia buka rahsia Ping danlh pregnant 5 bulan. Hak hak. Siap suruh aku challenge bagai. Hamboiiii...Aqlan baru 20 bulan.
Habis bercerita kami pun terus nak makan laksa sedap kat Ampang Park. Sementara shopping mall tu masih ada baik kami pergi. Dan kedai tu pun tak tahu mana lagi dia ada atau itu satu2nya.
Oh yeah aku ada banyak kenangan disini.
Ini adalah di mana aku menukar pengangkutan awam. Dari tren ke bas untuk bekerja di Ampang Point.
Ini adalah tempat aku ke sebuah kedai hobi jahit menjahit bernama Haby World yang aku banyak singgah dan beli semasa menjadi volunteer di Petrosains.
Ini adalah tempat aku membeli baju nikah. Which is menambah perasaan emosi tu.
Ada sebuah kedai laksa yang sedap gila sampai laki aku yang tak berapa gemar makan laksa dia makan dengan penuh passion. Ya aku bangga dapat kenalkan Kedai Snek D-Lite kepada dia.
Ya masa kecil ke sini dan kemudian ke Plaza Yow Chuan untuk masuk Toys R Us. Hurmmmmm.
Kami balik cepat sebab nak elak jammed.
Dan ke KLIA2 jam 6.30 petang. Flightnya delay. Jadi kami park dan solat Maghrib.
Terus ke Saba Cyberjaya dan menikmati lamb hanith kegemaran aku dan teh tarik super kaw kaw yang tak digemari dua beradik tu. Hahaha.
End of story.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.