Sabtu, 31 Oktober 2015

Hantar Mereka Balik Naik ETS Ipoh-Butterworth

Masa dalam perjalanan balik ke Ipoh, Mama call tanya nak makan apa depa ni semua.

Laksa? Nasi Lemak? Murtabak? Semua mama belikan kat pasar malam sebab mama dah tak larat nak masak banyak2. Maklum yang datang ni ada 2 remaja yang kuat makan.

Jadi kami sambung borak sampai kak ma tertidur sebab dah keletihan. Kami masuk jalan lama sebelum masuk lebuhraya sebab jalan dah start jammed dan nak kejar masa.

Kami sampai rumah mama jam 7 malam. Sebelum sampai aku dan kak ted tunjukla satu kedai Mat Periuk ni dekat je boleh jalan kaki. Order..balik rumah jap..10 minit le 15 minit datang balik la amik bungkus. Hahaha.

Sampai rumah semua berebut nak guna bilik air. Si ema la paling tak tahan. Yang lain angkat barang2. Kak ma siap angkat semua barang dia. Hamboi.

Yang menunggu si suria dan awee melantak dulu. Kemudian mak dan ema. Kemudian abru kak ted dan kak ma. Makan2 nasi lemak takde sebab uncle terbawa ke masjid.

Sempat uncle balik tengok diorang bawak nasi lemak. Ada lagi makanan tambahan dari masjid. Ada majlis ilmu sambil makan2. Makanan lebih dibawa balik.




Kemudian kami pun nak naik van.

Kak ma pun kata " eh bukan ke nak jalan kaki je? . Kata ETS tu depan rumah je? "

Hape kak ma? Kedai Makan yang dekat bukan ETS.

Rupanya kak ma mamai masa dengar last perbualan kami pasal jalan kaki. Jadi itu sebab diangkut semua barang dia. Kami pun bantai gelak.

Sampai ke sudah kak ma dibahankan. Sampai ke stesen keretapi Ipoh yang jauhnya 15km dari rumah. Kami usik kak ma kalau kak ma jalan kaki esok baru sampaila. ETS pun dah takde yang jalan agaknya. Hahaha.

Tapi disebabkan jammed yang teruk malam tu kami sampai stesen jam 8.45 malam. Orang beratur panjang kami nampak. Kak ma siap mention kita turun kat sinilah jalan kaki - masa tu dah depan jalan besar ke stesen tapi tak boleh masuk sebab jalan double line dan jammed gile, kalau nak masuk terus juga sangat bahaya. Jadi Adzman pusing jauh ikut jalan belakang mama ajar. Hahaha..adoii macam2.




Sebenarnya awee duduk seorang. Tiket mak beli last sekali sebab tiba2 je mak cakap nak duduk penang masa kami ambil dia dari kota hari Khamis. Nasib ada lagi tiket kosong yang dibeli pada hari Jumaat. Semua beli online je sebab kaunter tutup untuk renovation. Rugilah sikit tak dapat 50% less untuk warga emas.

Lepas hantar depa semua kami pergi Mydin cari susu Aqlan sebab yang ada ni dah nak habis. Susu ke 25.

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.