Dapur memasak atau stove aku memang dah lama tak cuci. Aku nak buat kerja pencucian ni semua boleh bila Aqlan tidur atau khayal main. Kalau tak dia datang pada aku dan buat gangguan comel yang menyebabkan kerja tak jadi. Itulah anak kecil umur 1 tahun 3 bulan punya peèl.
Jadi aku scroll kat website macam mana nak cuci..sebab dah azab sangat. Tengok dapur Mak dan Mama cantik je. Ni kalau Mak aku tengok mesti dia bebel. Nasibla dia tak duduk serumah dan kerap datang macam masa aku bujang dulu. Macam2 kerja rumah dia buat sementara aku pergi kerja. Sekarang aku dah duduk rumah ni baik aku buat kerja sikit2. Nak buat sekali harung memang tak larat. Kang lapar dan haus semacam je tengok air...haahaa..
Ok inilah stove yang sedih tu. Dah lama tak cuci wei sejak beranak ni..bayangkanlah kedegilan kotorannya. Paling menyumbang kekotoran stove ialah bila masak sardin yang meletop2 dalam kuali dan masak sup ayam yang Kemudian bila didih dia meleleh. Hishhhh memang menahan je aku tengok dapur ni.
Kemudian alas memasak yang rentung ni rasanya tak boleh diselamatkan dah. Baik beli baru je..aku try cuci pun tak jalan.
Inilah hasil cuci stove menggunakan 2 sudu teh bikarbonat soda, 2 sudu teh cuka dan secawan air mendidih dan setengah sudu teh cecair pencuci pinggan. Aku pakai Sunlight. Yang kat meja tu kesan kotoran akibat lelehan dari perkakas masakan. Itu mesti sental dengan lebih padu. Maybe guna Cosway punya pencuci je.
Isnin, 29 Jun 2015
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
wah lama giloz dah dapur tu sejak dari bujang kan....kehkehkeh
BalasPadamharus aku ambik petua ni jugak, dapur aku tu pun macam dah tak rupa dapur lagi :p
Ye wak banyak tahun dah ni...sejak dok Bukit Indah. Ko better masukkan campuran tu dalam spray lagu senang.
Padam