In

16 Sya'aban 1436H - Periuk Oh Periuk Neoflam

Aku dan peralatan memasak berkira..berkira juga...tapi.....kalau dah jumpa yang dah berkenan dihati, harga jatuh nombor 2.

Walaupun aku bukan selalu memasak sebab bekerja. Ahem. Minggu depan last day Rabu aku jadi pekerja ofis. Jadi bolehla aku try resipi dalam buku2 masakan yang aku ada. Cetttt.

So last Monday aku beli periuk ni. Dah berkali-kali aku belek kat katalog Cosway. Aku cam berkenan sangat sebab konsepnya. Masak. Cabut pemegang. Hidang. Tak habis makan simpan guna penutup yang disediakan. cayalah.

Cerita pasal periuk ni aku ada macam2 jenis periuk. Aku memang....periuk kuali belanga semua aku ada. Nak sesuai dengan jenis resipi yang perlukan teknik masak yang berbeza2. Lagi tambahan pemberian dari Mak aku. Uish Mak bagi sayang...tak guna. Buat hiasan. Nasib aku takde almari hiasan je. Mak bagi Pyrex. Last masak bontot dia hitam. Aku malas nak sental. Senang cerita aku guna untuk hidang je. Itu pasal aku beli yang ini. Laki aku pulak on kan aje keinginan aku. Yelah aku guna duit gaji tau. Dia pun boleh tahan koleksi periuk dia. Tapi aku tetap pemenang. Alah membeli menang memakai katanya.

Ok aku beli RM299. Harga sebenar RM600+. Aku pun grab. Tapi kena beli dengan syarat. Lebih RM35 baru dapat. PWP. Tapi hari ni baru dapat ambil periuk kat kedai sebab masa bayar hari tu belum ada stok. Baru.

Ada 13 benda berasingan. Kuali dan periuk je dah 5. Tutup plastik 3. Tutup kaca 3. Pemegang 2. Last ada alas periuk 2.

Periuk kaler merah oren. Mesti kawan aku Ann suka. Ah laki aku pun suka merah.

Memang awesome lah pemegang boleh cabut2. Save space.



Bontot ni penting. Boleh masak atas 6 jenis alat memasak. Dapur gas, induction cooker, microwave dan 3 lagi aku tak ingat. 

See penutup style plastik 

Memang sahla nampak putih je sebab aku belum guna untuk masak. Testing gambar je.

Ni lah alas periuk yang diberi.

Jom masak.



Related Articles

2 comments:

  1. weh besttttttttttttttttttttttttttt....tergoda la...macam vision lak....masak terus hidang...aku kenan...ko mmg ratu periuk belanga...kenal sangat dah kegilaan ko ni

    ReplyDelete
  2. Ade set vision n corning ware. Vision yg kecik n sederhana tu ada gak pkai. Corning ware langsung x pkai

    ReplyDelete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Weekly Popular

loading...