Ahad, 28 Januari 2018

,

Family Day At Kuala Razila Day 2

Semalam sebelum balik kami diingatkan pasal jadual esoknya. So katanya breakfast at 7.30am kemudian ada 2 acara. 1 yang nak ke hiking dan 1 nak buat telematch melibatkan budak2.

Pagi2  lagi kami dah menunggu sarapan. Haha mentang2lah bilik sebelah dewan makan jalan cam slow2 pun sampai dulu. Kekeke.. elok kami keluar, lori yang bawa makanan baru tiba. Aku terus cari tempat duduk. Laki tolong ambikkan kami makanan semua. So makan nasi lemak, teh tarik dan ada kuih muih. Aqlan tanak makan nasi lemak, kami pulak kena habiskan. Sedap. Ikan bilis crunchy sangat2. Selalu dapat ikan bilis lemau tu kan kalau beli.


Dah siap makan aku dan aqlan balik bilik dulu. Sebab aku masih pening migrain. Actually aku pening sejak Jumaat tapi aku asyik makan ponstan je kasi tahan. Nasiblah telinga dah berhenti berdenyut2 kat dalam. Sakit woo..

Jam berapa tah laki ajak Aqlan keluar join telematch. First telematch dia kot aku tak dapat join pulak sebab perlu baring dan tidur. Bila balik diorang bawak hamper. Ada makanan dan stationery. Aqlan nak sangat buka tapi aku tak bagi sebab nanti mula nak kena kutip balik. Dahla hari ni last day kan.












Semalam juga laki ingat nak naik water rafting hari ni sebab ada 10 orang tak dapat naik semalam tak cukup jaket keselamatan. Jadi bila tanya2...rupa2nya pihak penginapan ni buat outsources. Jadi diorang dah bayar sekaligus semalam jadi burnt la duit siapa tak dapat naik semalam. Memang rugi tapi kehendakNya laki aku memang takde rezeki nak naik. Takpelah main air sungai jelah.. hehe.






Jam 2 petang kami check out. Patut jam 12 tengahari tapi diberi pelepasan. Kami semua berkonvoi keluar ke tempat makan. Dalam perjalanan keluar laki aku nak jugak singgah Ladang Gaharu tu sebab dia kata dah alang2. Memang dekat sangat pun. Baik masuk jap. Pokok gaharu ni cantik belaka. Elok laki pergi masuk kedai, Aqlan pulak muntah dalam kereta lepas makan cookies. Dah lama dia tak muntah ni. Selalu sebab makan laju2. So berkemaslah kami. Nasib juga berhenti kat sini senang nak bersihkan dia. Muntah pun atas kusyen yang aku buat jadi mudahlah nak cuci bawak keluar. Yang cucikan laki. Aku bersihkan Aqlan. Kami takleh lama2 kat sini so tak jalan2 pun just beli teh. Sebab nak pergi makan ramai2 kan. Orang lain memang dah proceed. Kami je menyinggah.











Lunch kami di Restoran Tempoyak Nda. Makanan berhidang dalam periuk tanah dan duduk bersila. Kampung style ok. Lama kami tunggu nak dapat makanan..rasa berjam jugak. Panas peluh takyah cakap. Rumah papan lama kot. Bila jalan berkeriut2. Ingat dapat duduk tingkat bawah sekali dah penuh dengan bos2 dan staff yang berkeluarga. So kami bertiga je ahli keluarga yang join orang2 bujang di tingkat atas. Ha mainlah dengan Aqlan. Pastu ada sorang budak naik jadi mainlah mereka berdua.

Makanan sampai berperingkat2. Air sirap limau sampai dulu tapi cawan lewat sikit. Tengok kaler cantik. Sekali minum memang sedap. Hilang dahaga tekak. Panas weh..hehe..makanan pun tiba lewat. Orang kat bawah dah siap makan kami tak habis2 lagi. Oh kami semua dalam 50-60 orang kot. Ada sebahagian dah balik semalam lagi dan pagi2 lagi sebab ada emergency. Semua dalam lebih kurang 100 orang la. Kalau semua ada agak2 mampu menampung kami? Hehe.







Siap2 makan dah 4.20 camtu. Kami balik Ipoh sebab laki amik cuti. Depa semua kena balik KL sebab kerja esok. Selamat lah ye. Bye2 dan salam je takde pun ambik gambar berjemaah. Semua dah kepanasan nak masuk kereta dan balik cepat2.

Overall kami happy je dengan family day. Hehe syoklah kan..2 hari makan dibelanja. Pergi tempat pelik2 pulak tu. Memang takkan tahu pun tempat2 ni kalau diorang tak bawak. Alhamdulillah.

6 ulasan:

  1. sesekali buat Family day ni memang bagus,masa ni lah dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan

    BalasPadam
  2. seronoklah opis suami ada family day....yg pree semua tu yg best..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe..bayar makan Aqlan je RM6. Bawak RM50 je cash masa tu..

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.