Tak Plan Pun Nak Keluar....Sekali Amik Kau 5 Jam

Semalam kami tanya sesama sendiri..apa plan esok? So aku cakap tidur..haha..sebab mengantuk je kan baik tidur. Especially untuk laki aku yang masih belum sihat. Dah habis batuk datang selsema pulak. Adik ipar pun siap demam sejak balik Korea tak rest2..ada je plan setiap weekend.

Pagi yang indah kami semua bangun sangat awal...sebab mata masing2 dah bulat jadi laki ajak pergi sarapan. Pilih nak pergi Mak Jah di Ampang, nasi lemak tetek di Balakong atau Mimpi Muor di Kota Damansara. Hurmmm aku nak ke Mak Jah sebab dah lama sangat tak pergi.

Jam 7.40 camtu dah gerak ke sana. Jalan lapang je. Sampai jam 8 lebih masih ada tempat duduk. Terus ambil kuih muih dan pesan makanan. Aqlan dah pandai meminta. Aku offer dia kuih. Katanya No Kuih...Roti Canai. Wah wah kau..masa dalam kereta dengan muka mengantuk cakap No Makan. Last2 dia yang minta. Kemahen.

Lepas makan dan tapau makanan untuk mak, kami ke KD la sebab nak hantar mak makanan. Ajak duduk rumah kami kot dia bosan duduk sana, tanak pulak. Oklah takleh nak paksa. Tapi bila aku call terus tanya bawak makanan apa. Hehe mak aku pun dah mula minta makanan. Selalu dia tak mention pun. Kali ni tak masak la mak. Kali ni belikan mak soto nasi je. Last Rabu bawak kari ikan merah aku masak, suka dia makan cicah roti. Aku kadang2 syahdu teringat mak masak macam2 untuk aku dulu. Sekarang mak dah tak larat masak.


Lepas tu ke The Curve. Belum jam 10 pagi pun ya. Banyak kedai belum angkat shutter. Aku pun pergi tandas la dulu. Pagi2 tandas bersih sangat. Elok keluar tandas banyak kedai2 dah dibuka. Kami terus ke Padini.

Haiiiii Padini ni asyik ada jual baju harga start RM19...mana tak terjebak beli. So beli sepasang baju dan seluar. Jadilah.. hehe.. orang tak ramai lagi. Seronokla pergi cuba baju. Selalu aku beli grab dan terus bayar je. Tak kuasa nak q ke fitting room. Ni siap boleh try baju banyak. Max 5 je ye boleh bawak masuk.











Nasibla bawak beg, so takyahla nak kena bayar 20 sen. Kata staff tu masa Krismas kalau beli RM150 ke atas dapatla free beg. Aishh..

Dah habis shopping minum air sat. Kemudian ke Kedai Ustaz di KD nak cari casing dan ganti screen protector. Elokla 1 Jan lepas dia jatuh atas jalan tar, scratch baik punya. Masa tu pun tak pakai casing sebab casing pun dah retak. Gatal2 tangan beli 2 casing..nasibla S4 masih ada casing. Cuma tak dapat beli brand Otter.

Kemudian ke Gulam nak beli pau. Pau pun takdak yang dikukus lagi. So balik...laki singgah 7E dan belikan roti kacang merah Sweetie. Jadilah...buat alas perut. Tadi kan dah makan lontong.

Pergh bahagia kita dah balik rumah orang lain baru nak keluar rumah dan kena hadap jem.

4 comments :

  1. Memang seronok kalau keluar waktu tak sesak...lapang je rasa.

    Aqlan pun seronok main nyorok2... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kakcik. Jimat masa.

      Kalau orang ramai memang tak bagi budak ni masuk..kang main nyorok2 susah nak cari.

      Delete
  2. babe..mmg nama dia nasi lema tetek ke .. hahaha
    samalaaa kdg tu plan nak kuar kejap je.. sekali jalan sampai ke malam.. tu nama kejap.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku yang bagi nama haha sebab saiz kecik2 je kan..

      Delete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

My Instagram

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates