Khamis, 18 Januari 2018

Rak Antonius Ikea Untuk Barang Jahitan

Hahaha malas gila nak tulis entry blog. Walau cerita banyak dan gambar pun banyak laki transfer dari hp canggih dia. Tapi bila tengok view dah cecah 700k aku pun rasa tak adil. Ada juga ek orang nak baca blog yang tuannya asyik kemengantukan sejak musim winter ni..

Aku tak tahulah korang yang duduk kat ofis dengan ekon 24 jam tu boleh tahan..kami 3 hari off ekon..sejuk..semalam je baru on balik sebab dah start panas. So basuh sarung kusyen sofa yang tebal pun cepat je kering. Kalau tak 2 hari sekali baru angkat baju. Sidai bawah porch kereta je. Tak kuasa pulak nak main kejar2 hujan kat luar rumah.

Elok sangat datang dah lebih jam 11 kot tapi masih dapat tempat duduk.

Ni lampu hiasan Ikea. JANGAN tanya aku diorang jual ke tidak.

20 biji meatballs! Memang tak habis wei. Siap tapau bawak balik lepas tu.

Minum kopi pun secawan je. Selalu aku minum 3 cawan. Kekekeke..

Out of stock di Ikea Kota Damansara 14 Jan 2018

Jadi kami pun pergi lawat mak di rumah bawak karipap Ikea dan kuih dari Mimpi Muor. Ramaila juga jumpa adik beradik..eh 4 je..

Muka happy jumpa rak tu di Ikea Cheras

Rak ni lagi murah dari siri Algot. Algot kena dalam RM115 kot.

Kalau nak tambah boleh je lagi..eh eh laki pelawa tau..

Masa beli tu ada 2 parts..jangan lain2 pulak diambilnya. 1 bakul RM10.

Ni parts penting. Skru disediakan. Parts ni kena beli semua RM35.

Ni la ketinggiannya.

Dah letak di sisi meja menjahit. Lain kali la pulak sambung sebab aku belum habis kemas. Nak kemas tak boleh ada budak ni. Dia pun nak tolong kemas nanti..ermmm.

8 ulasan:

  1. bengkek je hati bila xde stok kan.. pernh terjadi excited nak beli tiba2 out of stok, sejak dari tu check kat website dia dulu, tapi kenkadang web tu pentipu jugak .. huhuuu

    BalasPadam
  2. penat² pegi last takde..memang geram...hadoii..nasib baik dapat jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. kecewa sikitlah...tapi next time tanak pergi dah Ikea KD. Banyak barang baru di Cheras.

      Padam
  3. yeayyyy yg diidam dapat...tahniah anis..hehehe

    BalasPadam
  4. owh ala2 lenhart gak kan rak ni, tp nampak yg ini lagi kukuh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ni boleh pasang roda kalau nak. Tapi kena beli roda tu lain hargalah.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.