Jumaat, 12 Januari 2018

Mendung Berhari-Hari, Mengantuk Aje.

Selain itu malas pun menyinggah. Masa helper datang last Sunday aku pun sempatlah kemas mainan Aqlan. Banyaknya mainan budak ni..mahu juga aku buang yang dah rosak2 tu. Kali ni susun ikut jenis mainan. Kereta je dah satu kotak plastik. Tu pun yang besar2 tak masuk. Yang besar2 aku bagi dia main kat ruang bawah. Yang sederhana dan kecil2 ko ucapkan lain kali je main. Haha. Tengoklah dia sekarang nak main lego dan roket je. So kereta dia tak pandang sangat.

Walaupun dia ada set masak2..ko jangan ingat anak aku tak suka main masak2, aku sorok set tu. Sebab kecik2. Nak kemas rasa letih sangat. So dia selalu menyembang dengan aku imaginasi main masak2. Kesian jugak. Tapi kesian lagi aku nak kutip kemas. Kadang2 aku rasa nak buat dapur untuk dia. Kadang2 aku nak buat bandaraya untuk dia. Tah bila nak start projek. Masa remaja aku suka sangat membina bandaraya. Bina model2 rumah dan seumpamanya. Mak aku penyokong kuat. Apa aku nak semua dibelikan bahan2 tu. Macam salotep ke apa segala la. So budak ni pun Abah dia dah start belikan salotep dan gunting.

2 bulan lagi umur dia 4 tahun. Apa tema nak buat pulak tahun ni? Kecik2 sudah...tahun lepas punya theme roket2 tu pun baru aku pindahkan dari dinding yang selalu jadi tempat sambut Birthday ke dinding lain. Haha. Kan ke punya malas aku ni..dah serabut kepala otak baru nak pindahkan.

Sekarang tunggu laki kemaskan bilik komputer@menjahit. Semak jugak tu. Aku masih belum test mesin jahit tepi tu. Dah berbulan kot beli. Adoyai...

Kerusi Poang Ikea ni, Aqlan pun suka duduk. Untunglah dapat beli 2nd hand untuk 2 RM200. Kalau beli baru satu dah nak RM500. Ruang tamu pun aku dah alihkan perabot..Haha serabut punya pasal.

4 ulasan:

  1. cuaca sejuk sekarang ni memang buat perangai saya malas ni menjadi-jadi. mengantuk tu jangan cakap lah, hehehehe

    BalasPadam
  2. kalau boleh tak nak perabut terlalu banyak kan dalam rumah...takdelah macam nampak semak je

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.