First time dengar nama Kuala Razila ni aku pun terpinga2. Kat mana? Camner rupanya? Terus google. Rupanya tempat ni terkenal dengan aktiviti water rafting. Berkayak di jeram sungai.
Aktiviti family day ni berjalan untuk 2 hari. Bermula Sabtu jam 12 tengahari. Tapi kami sampai jam 3.30 petang. Macam2 hal berlaku. Malam Sabtu tu laki di tempat klien sampai tengah malam. Balik rumah nak tdo dah jam 2 pagi. Harusla dia tidur nyenyak sampai terlajak waktu nak bergerak ke Perak.
Dah bangun tu pulak nak kena pergi workshop tukar lampu depan kereta sebelah kiri 2 biji. Sebabnya 2 2 dah out. Nak ke kawasan yang tak diketahui lebih baik pastikan kereta dalam keadaan elok.
Perjalanan takla jauh sangat dalam 2 jam setengah boleh sampai, tapi laki masih ngantuk jadi berhenti kat R&R tidur sekejap 15 minit. Kemudian sambung dah nak sampai lagi 2.7km dia cramp kaki lak takleh drive dah. So akulah yang menyambung bawak kereta. Sekali jalannya sangat mencabar. Mula2 aku bawak pun macam biasa tapi bila jalan dah bengkang bengkok pastu layak untuk satu kenderaan je lalu dan lubang2 yang sangat bahaya kepada tayar dan rim kereta makin banyak...so aku makin slow bawak dan main hon sebab tak nampak kereta yang akan muncul tu. Tak kiralah kereta ke lori ke..pulak ada banyak kereta polis. Kami rasa diorang pun ada acara sebab sebelum tu ada pasukan polo berkuda pun lalu juga. Fuiyoo...skill bawak kereta tu..haha sambil laki kat sebelah suruh ke kiri ke kanan sebab ada lubang2 yang aku tak nampak. Aku siap kata kalau siapa lagi ajak datang sini aku tanak datang dah. Ni jalan yang sangat2 mencabar sepanjang aku bawak keta. Bukit Putus, Fraser Hill pun tak macam ni ok. Laluan kampung2 kat Maran pun masih ok walau berpusing2.
|
Parking mula2 kat sini kena caj RM2. Bila dah check in tu parking depan bilik je. Hehe. |
Dah sampai Kuala Razila tu, tengah briefing untuk water rafting. So laki aku terlepas naik. Check in bilik dan beli nasi goreng cina untuk Aqlan RM6. Haha sebab dah terlepas Lunch. Kat sini takleh nak meminta sangat ya. Apa ada ko makan jelah. Aku pun tumpang2 makan. Laki aku tanak pulak makan sebab dia nak tunggu durian fest jam 5 petang. Gitewwwww.
|
Rumah bilik kami hujung sekali nombor 4. Dekat dengan dewan makan yo.. |
|
Katil saiz Queen, 2 biji bantal dan 2 helai selimut. |
|
Bilik Sudirman. |
|
Takde paip getah, shower or air panas. Tapi sedap kot mandi air sejuk dari kolah. Yang penting bersih dan tak bertakung. Tuala dan Toiletries pun takde kena bawak siap. |
|
Kami juga beli air mineral sendiri, takde jug kettle. Ko jangan berangan sangat ni tempat aktiviti lasak bukan cam hotel2 atau motel2. Nasib ada sejadah tapi sejadah pun kami memang selalu bawak kalau travel. |
|
Kipas je takde aircond. Tapi sini kawasan sungai..bukit dan hutan jadi sejuk nyaman je. Nak pulak musim hujan belum habis. Tapi better bawak extension sebab nak caj segala HP, Ipad dan pasang ubat nyamuk letrik yang kena bawak sendiri juga ya. |
|
Terbaik parking kereta depan bilik. Hahaha. |
|
Gaya kena ada walau kat hutan k. |
So kami pun rehat2 je kat bilik pastu ke sungai tapi sebab hujan dan air start naik kami pun balik.
|
Rumah kami tak hadap sungai. Rumah2 ni dari papan..rumah kami duduk batu bata sepenuhnya. |
Bila start je acara makan durian tu apa lagi kan..aku tengok laki aku tiba2 dah jadi tukang kopek durian. Kemain dia. Pastu semua dok beratur nak amik makan durian yang dikopeknya. Untunglah dapat merasa setengah biji durian Musang King. Dengan pahit manis..yums. Cuba bagi Aqlan makan, banyaklah alasan dia tanak. Eh rugi..eh untungla Ibu dia makan semua..hehe. Ada juga kuih muih dan air panas disediakan. Ada air kordial sejuk, laki aku saja tak bagi aku..
|
Sedang menerangkan pasal durian. Spikey..So dangerous. Hahaha..memang lawak. Makan tak mahu. |
Lepas Maghrib kami ada acara BBQ dan suai kenal pulak. Sedapnya keje makan je ye. Ada nasi, tomyam dan telur dadar. BBQ kepak ayam dan sosej. Mula2 rebut2 orang..dah makin lama makin kurang rebut. Banyak pulak lebihnya. Masa tu dah masuk sesi suai kenal. So barulah tahu company laki aku punya operasi dan syarikat2 bersekutu yang lain. Oh ya kami semua pakai baju jersi Company sponsor. Tapi mak pak je dapat. Anak2 takla. Katanya nak bergambar.
Habis suai kenal ada lak sambutan Birthday bini bos laki. Hehe. So makan kek lobak SR pulak. Orang dok sibuk nyanyi happy birthday ke bini bos, Aqlan pulak perasan orang nyanyi untuk dia. Haha. Siap bila dah potong kek tu dia nak lilin dan api nak tiup kat kek sepotong yang diambil untuk dia. Hahahahaha. Adoi kau jangan malukan Ibu nak, tapi semua orang sporting dan kami rasa kelakar pulak. Nasib tiup kat meja makan kami, kalau pi tiup kat meja bini bos tadi lagilah segan. Hahaha.
|
Dari company laki. Patut ada 10 orang. Semua company yang berkumpul ada 3. |
|
Sedap gila kepak ayam ni. Pandai diorang marinated. |
Habis acara tu kami 2 beranak balik dulu. Ngantuk. Laki aku pulak nak sambung menyembang. Oklah kan nak bersosial katanya.
Menarik tempatnya.
BalasPadamMenarik..senyap sunyi..
Padamcntik tmpat dia anis...tenang je tgk
BalasPadamBersihla takde orang buang sampah merata.
Padamyui pn bru tau tmpt ni
BalasPadamnama pun unik,
dok ingat razia sultan ke apa yg cerita tu. hehe
tp kan,
durian tuu nmpk sdp
Durian tu kualiti export... sedap sangat2 berbanding yang beli di luar.
Padamterima kasih sudi singgah ke Kuala Razila....
BalasPadamsila datang lagi,jangan serik :p
Bila anak2 dah besar boleh datang lagi.
Padamada line handphone tak..?
BalasPadamCompany trip jadi semua company uruskan. Kami datang sahaja jadi tak tahu nombor untuk dihubungi.
Padam