Nasi Lemak Bungkus

Atau aku panggil nasi lemak tetek ialah nasi yang dibungkus dalam daun pisang kemudian diakhiri dengan suratkhabar. Saiz kecik2 je macam saiz tetek. Eh kalau saiz besar aku tak panggil ok. Selalu nasi ni dapat dibeli serendah 50 sen. Paling mahal kena RM2 la. Bagi aku pencarian nasi lemak tetek belum lagi jumpa paling sedap. Selalu dah sedap nasi dan sambal, ikan bilis failed. Keras liat liut. Kacang lemau. Timun tak crunchy dah. Lagi sedih kalau nasi lemak tak berapa lemak.


Masa kecik2 dulu mak rajin masak nasi lemak dan bungkus dalam daun pisang bagi kami adik beradik makan. Saja nak feeling2 makan kat kedai. Kami mana makan kat kedai sangat. Mahal. Dulu2 mana ada kedai makan sangat pun. Yelah kalau ko dah sekolah tahun 80an ko patut tahu keadaan kedai2 makan zaman tu harap dari kantin sekolah je. Lagipun makan dalam daun pisang ni wangi je nasi. Dahla masa masak letak daun pandan dan hirisan halia. Pergh aroma dia...

Jangan tak percaya zaman sekarang ada je lagi orang jual sebungkus 50 sen. Tapi mana cukup sebungkus. Mesti nak makan at least 2 bungkus.

Ni dekat Balakong. Tah apa nama kedai tak ingat. 50 sen sebungkus.

Dulu masa kerja hari2 makan nasi lemak dan minum teh tarik. Dan tiba2 pada satu masa aku berhenti makan camtu. La ni plan aku nak cari balik nasi lemak tetek paling sedap masih berterusan. Hujung2 masak sendiri tapi takde pulak daun pisang nak bungkus. Haha.
Share:

6 comments:

  1. Hihihi. Macam saiz tetek. Ada juga saiz t.... yg besar. Oops.

    ReplyDelete
  2. cub A kecik sangat.. nak puas makan mintak nasi tambah 'cub D' hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak puas makan apa kalau saiz D?
      Hihihi. Kita semua dah dewasa so, nothing ayat macm ni dlm blog.

      Delete
    2. I percaya pembaca I matang dan berfikiran terbuka. 😊

      Delete
  3. sebenarnya nasi lemak bungkus ni lagi sedap.Nak pulak kalau dibungkus dengan daun pisang

    ReplyDelete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.