Ahad, 6 Mei 2018

Pancing Tudung Bawal

Mulanya ke Hero TTDI nak beli roti je. Titibe adik ipar bukak citer Naelofar ada buka lagi satu kedai besar gila. So aku ingatkan yang lama tutup. Rupanya tidak ya..now dah ada 3 kedai Naelofar kat area situ je.

Satu stokist. Satu yang kecik tu. Dua dua ni deret dengan hadap jalan besar. So satu lagi yang terbaru kat plaza TTDI. Memang besar gila dan nampak mewah. Tapi aku tak ke sanalah. Adik ipar cakap mata cam merewang2 dan harga tudung2 kat situ level ada ada. Hehe.

So kami ke Naelofar yang lama dan kecik. Senang kan. Masuk pusing 2x siap buat bayaran. Pasal 2x? Mestilah nak tengok balik kot terlepas pandang. Kat sini tudung2nya masih harga bawah RM100. Masa masuk takde pelanggan lain melainkan kami berdua je. Kata staff ramai orang ke butik baru. Bagusla. Sila layan kami berdua. Tapi..tiba2 ramai pulak yang datang. Yelah kat sini je kot ada yang rak diskaun2 tu. Tak kisahlah alah membeli menang memakai. Aku yang tak patut beli ni pun beli juga sebab kenan plak dengan bawal motif batik. Tak banyak pilihan tapi nak beli jugak. Alasan laki suka aku pakai tudung bawal lagi.. pandailah kan..last2 tudung sarung atau 2 loops juga yang aku nak pakai cepat2. Hehe.

Kotak je Flamingo tapi aku tak beli prints ni tak minat pulak.

Kotaknya comel sangat..bagus jimat space.


2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.