Walaupun aku beranak secara c sec tapi disebabkan lepas seminggu aku dah jalan ke hulur ke hilir kes anak masuk NICU maka memang aku tak terjaga diri aku. Wait wait ya..tukang jaga pantang hanya datang lepas aku dah 2 minggu beranak. So 5 hari aku ke hospital pergi balik. Kemudian dalam seminggu lepas tu ke KKM. Oh memang aku banyak jalan. Anak tak sihat kan lagi penting bawak dia jumpa doktor. Bentan? Alhamdulillah takde.
Kemudian anak makin bertambah berat. Maksudnya aku makin tak larat. Penjaga pantang tu 2 minggu je datang. Ada la beberapa kali dia urut tapi urutan dia manja la. Haha.
So bila dah 100 hari tu aku dok fikir juga nak urut tak. Kemudian kes berdiri lama kat hospital tu buatkan aku fikir kena urut juga ni. Rasa rahim jatuh. Rasa macam ada benda nak terkeluar. Aku flat balik rumah tu tidur kaki atas bantal. Bahagian rahim sangat2 sakit.
Budak bertuah namanya Aqeel Shah. |
So hari ni Kak Ina tukang urut tu datanglah. Kak Ina ni kena cop ok buat temujanji. Bukan boleh suka hati panggil. Dia pun ramai orang panggil. Siapa dah kena dengan dia memang nak lagila sebab sedap walaupun sakit nak mati kena urut. Hahaha.
Jadi bila dia urut aku katanya banyak sungguh angin. Berketul2. Dari hujung kaki ke hujung rambut dia urut. Oh memang sedap. Nak nangis pun ada. Paling nak nangis masa nak naikkan rahim. Kata dia memang dah jatuh. Lagi seram dia kata ada kes terkeluar rahim tu dan kena masukkan balik guna tumit kaki. Fuhh tu kes yang beranak normal. Aku punya dah turun ke bawah tu pun dah siksa nak bawak naik. Ya sila2 kalau rasa takle wat kerja berat jangan buat. Biar laki tolong buatkan. Aku ni pulak jenis mata tak tahan tengok mulalah nak buat itu ini alih2 barang perabot. Gila kan. Laki boleh je tolong aku je tak tahan tunggu dia buat. Haha.
Ok untuk kemudahan korang kot2 nak contact Kak Ina ni.. +60102076819. Malah siapa2 nak mintak tolong jaga lepas berpantang pun boleh. Apa2 hal tanya Kak Ina ok. Masa aku beranak hari tu memang aku tanya dia tapi dia takleh stay dengan aku..hehe..aku kan manja nak orang jaga 24 jam. Ha kalau dah beranak tu sila mintak laki faham kita punya urat badan berapa banyak dah terputus tersimpul demi nak lahirkan zuriat dia. Eh tiba2 emosi. Alhamdulillah laki aku faham.
Ok laki dia pun tukang urut so mana2 lelaki nak mengurut pun boleh contact la tanya Kak Ina ni mintak nombor laki dia..aku tak tahu hahaha. Sebab aku dah biasa dengan Kak Ina. Kami kan jiran seFELDA Sungai Koyan.
urut etlit boleh tak :D
BalasPadamBoleh jer..just call ok.
Padam