Aku tak cerita awal demi menghormati kakak dan anak2 buah yang kehilangan suami/ayah mereka. Aku ada banyak memori dengan arwah. Sebab masa kecil aku selalu meneman kak ma. Kak ma dapat anak pertama hanya selepas 3 tahun berkahwin. Siap kak ma pernah suruh aku sekolah dekat2 rumah dia. Suruh duduk sekali. Eh begitulah rapatnya kami.
Lepas aku berhenti pondok pun aku duduk dengan kak ma sebelum sambung belajar balik. Masa tu anak kak ma dah 3. Duduk dekat Kampung Melayu Ampang. Ya kadang2 aku saja lalu kawasan rumah sewa kak ma bila lalu sana. Banyak kenangan.
Arwah ni kami panggil abang barom suka bawak naik kereta jalan2 tengok lampu. Itu pun dah terhibur. Macam2 jenis kereta arwah pernah pakai. Kereta katak la paling seronok. Enjin kat belakang. Letak beg baju kat depan. Hahaha...
Arwah suka bawak keta laju2. Sampai pernah tercabut penutup rim tayar. Siap berhenti kutip kat depan rumah orang.
Kalau pergi rumah dia memang ikram kuat. Ikram tu maksudnya memuliakan tetamu.
Masa mereka duduk di Tanjung Aru Sabah, sempatla kami naik Kundasang dan feeling tengok puncak gunung Kinabalu. Banyak sangat kenangan sebab mereka sekeluarga kerap berpindah atas tuntutan kerja. Arwah ialah pesara akauntan kerajaan di banyak jabatan. Masa di Raub JPJ. Kemudian Pendidikan la... Kesihatan la..macam2. Last sekali di KT aku tak ingat jabatan apa. Beliau pencen dan akhirnya membuat rumah di tanah pusaka di Kerteh.
Dan.....mereka baru je berpindah sepenuhnya ke Kerteh akhir September lepas.
Abg Barom yang berjanggut putih ketika kami ziarah mereka pada tahun lepas. |
Aku, suami dan anak2 (masa tu dah mengandungkan Aqeel) last sekali melawat arwah di rumahnya yang masih dalam pembinaan pada tahun lepas bulan 9. Masa tu kan anak buah aku Hadziq buat majlis kenduri kahwin belah pihak laki di Cherating. Dekat je nak ke Kerteh.
Mana kita tahu kematian datang bila kan..tapi masa tu abang barom happy kami datang. Kak ma masak asam pedas. Sedap sangat makan bertambah2 laki aku tu. Masa tu juga abang barom memang kena ke hospital selalu sebab dah sakit macam2. Kurus je dia. Abang barom gemar teh tarik buatan kak ma. Mesti masak teh atas dapur kasi didih. Sedap.
Ini adalah kehilangan kedua buat kak ma. Pertama anak ke 4 beliau meninggal masa baby kerana jantungnya yang bermasalah. Sesungguhnya kak ma ni sangat2 sabar orangnya..Allah berikan anak2 seramai 7 orang. 5 lelaki dan 2 perempuan. 5 anak2nya belajar tahfiz. Seorang ada autism. Seorang dah meninggal. Cucu sudah 2, laki dan perempuan.
Allah menguji kita mengikut iman kita. Allah juga uji lebih dari iman kita sebab nak tingkatkan iman kita. Jadilah kita orang yang sabar dalam menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya. Kerana hak Allah ialah untuk disembah dan tidak dipersekutukan dengan sesiapa pun. Dan hak kita mendapat rezeki (maknanya luas ya) dari Allah selagi kita menunaikan hak kita pada Allah.
Innalillahhiwainnailaihirojiun...
BalasPadamDari Allah kita datang kepadaNya kita kembali.
PadamSemoga rohnya dicucuri rahmat
BalasPadamAmin
Padamalfatihah utk arwah..
BalasPadamMoga arwah tenang di sana...TQ.
Padaminnalillah... semoga arwah tenang dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
BalasPadamAamiin..
Padamal fatihah
BalasPadam