Untuk peringatan diri sendiri sebab setiap kali masak lain rasa. So laki cakap tulis supaya u punya rasa masakan tu maintain. Tulis yang sedap sekali. Yang tak sedap lupakan. Hahaha ok ni aku tambah ayat...😅😅😅
Nasi Lemak
2 cawan beras basmathi Faiza.
1 kotak santan Kara 200ml campurkan dengan air masak 200ml kacau sebati baru masukkan dalam periuk nasi. Tambah air masak lagi sehingga cecah tanda 2 (cup) dalam periuk nasi.
Sedikit halba
Sedikit hirisan halia
2 sudu kecil garam bukit warna merah
Sambal Ikan Bilis
Segenggam ikan bilis digoreng dahulu.
Cili kering potong kecil basuh dan masak rebus dengan sedikit minyak zaitun. Kemudiab blend.
3 biji bawang shallots saiz besar.
4 biji bawang merah, 3 biji asingkan untuk hiris2.
6 ulas bawang putih. Blend dengan bawang merah 3 biji tu.
1 sudu besar gula merah.
2 sudu kecil garam bukit (merah)
Air asam jawa 250ml.
Panaskan minyak lebihan goreng ikan bilis tadi. Masukkan cili kisar. Dah mendidih baru masuk bawang.. air asam jawa. Masukkan gula merah.
Dalam 10 minit baru masukkan hirisan bawang dan ikan bilis. Masukkan garam last sekali sebelum tutup api.
Khamis, 11 Oktober 2018
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Penyedap nasi lemak ni ialah sambalnya.
BalasPadamKalau sambal sedap memang okay.
Betul tu
Padamsaya pun setiap kali masak rasa lain..x maintain masak...ahhaha xtau nape...mungkin kena tulis jgk mcm anis ni
BalasPadamKan..untuk maintain rasa..
Padamuihhh. sedapnya. ciikkkkk nasi lemak telo mata kebau shatu.. hahaha
BalasPadamEh eh..telo mata lembu bakpo tak mintak.
Padam