Ok kat rumah kami kadang2 bahasakan diri isteri...suami. tak pernahla pulak abang dan adik ke. Haha so geli uols. Kalau dah panggil nama manja tu anak pulak panggil abahnya camtu. Adoi...yang tak boleh blah pasangan bahasakan diri mama papa...ish ish..
Gigih tempah belon ni melalui online. Sejak 12 Oct scroll aje IG. Cari mana murah dan dekat. Tanya juga kos hantar kan lagi gempak buat surprise kat ofis ke rumah ke...sekali cajnya RM50 hahahaha...baik collect sendirila pump minyak kereta tu pun dah nak penuh tank tu.
Ingat nak beli belon tambahan banyak2 la konon2 dalam 10 biji ke..sekali kalau buh helium, ring dan tali sebiji dah RM5.50 sebiji. Kalau belon chrome la. Belon chrome sebiji bodoh tanpa apa dan RM2.50. Eh berkira ya..maklum takde gaji..laki bagi duit belanja tiap2 bulan pandai2la simpan kan. Aku ngaku habis banyak beli barang kecantikan diri. Eh tentulah kerana diriku begitu bermakna OK.
Laki tiap tahun tak pernah miss bagi bunga kat kita. Dah berapa kali surprise dia buat..kat ofis la..kat rumah la..haha pompuan mana tak suka surprise. Bagi pulak bunga fresh. Adudududu...cair ko.
So aku saja bagi belon. Tanya nak belikan baju ke perfume ke semua kata takyah.. memang selamat duit tapi apa salah bagi pasangan kita happy dak..?
Maka aku pun ajak dia ke Kajang kata beli barang online nak collect sendiri. Dia pulak tak syak apa2. Lagipun memang dia nak ke Bangi nak ambil barang dia beli online juga tapi dihantar ke ofis. Minggu ni dia keja kat site langsung tak masuk ofis... untunglah..haha..
Kami pun pergilah dengan anak2. Ikut hati aku nak drive je tanpa dia tapi ada baby susah sikit. Eh dah bertahun tak drive la..berani ni ke redah jem kat Bangi dan Kajang tu?
Elok sampai Taman Bunga Kantan tu aku suruh stop parking mana2..elok pulak terus nampak kedai tu atas sebelah 99speedmart. Haha...ada juga kedai bahan bakeri AJQ. So berlakon sangat...elok pulak dia parking jauh sebab takde parking kosong dekat2 kedai..hahaha makin menjadilah plan surprise aku ni...syukurla..Allah tolong.
Dah ambil belon aku pun perlahan2 la jalan bahagian belakang kereta. Dia masih tak sedar sebab dokong baby. Pastu aku pun ketuk2 la cermin tingkap dia...hehe..
Surprise menjadi. Haha. |
Lepasdah bagi aku pergi 99speedmart sebab nak beli air haus la pulak..haha |
Belanja coke RM1 je sudah hahaha |
Dan sekotak Ferrero Rocher ada 16 biji. Nasib aku tak beli Cadbury. Sebab laki aku suka gak makan tu. |
Maka dia pun happy dan rasa aku comel sebab bagi belon. |
Kemudian anak bujang nak belon |
Belon ni dibeli dari Waww Balloons |
Dah pandai garu kepala pulak. |
Birthday laki sebenarnya esok 21 Oct. Tapi aku beli dan bagi hari ni sebab esok ada hal lain pulak.
Happy 47th birthday encik Zcat!
Ehhhh ada lagi sambungan cerita....aku ingat nak beli belon yang nombor2 tu besar sebiji RM10 tapi mengenangkan kereta aku kecik je tak muatla nak masuk nanti...
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.